“Saya Tak Tahu”- Morales Sabar Tunggu Status Kewarganegaraan Malaysia

Penyerang import Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Romel Morales dilaporkan sehingga kini masih belum mengetahui status permohonan sebagai warganegara Malaysia untuk melayakkan diri beliau mewakili skuad kebangsaan.

Morales boleh dianggap sebagai aset terbaharu negara jika proses mendaftarkan beliau sebagai warganegara Malaysia diluluskan nanti disebabkan usianya masih lagi muda.

Mungkin Kita Tidak Dapat Lihat Romel Morales Sarung Jersi Harimau Malaya Tahun Depan

Berbanding slot pemainn naturalisasi lain yang rata-ratanya sudah melepasi umur 30 tahun, Morales ketika ini masih lagi muda dan mempunyai peluang untuk beraksi lebih lama bersama skuad negara.

Walaupun begitu, status pendaftaran beliau sebagai pemain tempatan masih lagi belum lulus dan Morales sendiri tidak tahu mengenai perkembangan semasa proses tersebut.

Ketika ini, Morales jelas gembira dan positif tentang proses tersebut yang dikhabarkan beliau masih sedang berjalan untuk diluluskan tidak lama lagi.

Namun, fokus utama pemain serangan KL City itu ketika ini adalah untuk membantu pasukan diwakilinya dalam saingan Liga Super serta aksi final Piala FA 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya tidak tahu (status permohonan naturalisasi), saya hanya fokus kepada pasukan saya, saya hanya fokus kepada perlawanan hari ini (Liga Super) selain fokus untuk final (Piala FA).

“Tapi saya berharap akan ada berita gembira tidak lama lagi dan saya bersedia untuk itu (sertai skuad Harimau Malaya),” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Sebelum itu, laporan menyatakan status permohonan Morales sebagai pemain naturalisasi terbaharu negara bakal diluluskan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini tamat.

Jika segalanya menjadi kenyataan, Morales akan mengikut jejak rakan sepasukannya iaitu Paulo Josue yang sudah pun memberikan impak positif kini bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Colombia itu sudah pun berkelana di Malaysia sejak musim 2018 untuk mewakili PKNS sebelum berhijrah menyertai Melaka United serta kini, KL City.

Tampil dengan aksi cukup lincah, kreatif, dan tajam di hadapan gol, Morales boleh dianggap sebagai aset terbaik buat skuad kebangsaan untuk memperkukuhkan jentera serangan.

Apatah lagi, Malaysia pastinya memerlukan sentuhan Morales jika status beliau diluluskan untuk saingan Piala Asia pada awal tahun hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN