“Saya Tak Puas Hati Dengan Barisan Hadapan Terengganu” – Badrul Afzan Razali

Messi bags his trademark chip against Atlanta United Loading official content
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
0 seconds of 1 minute, 12 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:12
01:12
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Major League Soccer di OneFootball

Pengendali utama Terengganu iaitu Badrul Afzan Razali mengakui beliau kurang berpuas hati dengan jentera hadapan pasukan tersebut yang dianggap tumpul menyudahkan setiap peluang terhidang.

Musim ini menyaksikan Terengganu sebenarnya menghadapi isu kualiti penyudah walaupun memiliki beberapa penyerang import yang sudah ditandatangani.

Masalah ketumpulan jentera serangan bukan sahaja membabitkan aksi domestik, malah di pentas ACC Shopee Cup yang berlangsung sebelum itu, dimana Terengganu kerap melepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak gol.

Masalah penyudah Terengganu mula berlaku apabila pasukan tersebut kehilangan khidmat bekas peledak berbisa, Ivan Mamut yang mengalami kecederaan panjang dan membantutkan persiapan mereka.

Dengan mengharapkan Ismaheel Akinade dan Nnabuike Chukwu, segalanya tidak begitu berjalan lancar sehingga Sang Penyu menerima kritikan keras daripada peminat di media sosial.

Malah, kehadiran Nelson Bonilla pada pertengahan musim juga tidak seperti diharapkan kerana penyerang dari El Salvador itu juga mengalami isu serupa walaupun mempunyai latar belakang menyakinkan di saingan utama Thailand.

“Apatah lagi kita (TFC) juga bermasalah di bahagian serangan. Sejujurnya saya masih tidak berpuas hati dengan barisan hadapan.

“Boleh dikatakan di setiap perlawanan kita mempunyai peluang, tetapi tak dapat menjaringkan gol kerana ketumpulan serangan,” kata Badrul Afzan selaku pengendali utama Sang Penyu menerusi Bernama.

Walaupun menghadapi masalah ketumpulan di posisi serangan dalam kalangan pemain import, Terengganu perlu mengucapkan penghargaan mereka kepada dua pemain tempatan iaitu Safawi Rasid serta Akhyar Rashid.

Setakat ini, kedua tonggak Harimau Malaya itu berjaya memberi impak yang cukup menyakinkan daripada segi sumbangan gol serta bantuan jaringan di pentas domestik atau ACC Shopee Cup.

Safawi antara paling menarik untuk diperkatakan kerana beliau sudah meledak 15 gol secara keseluruhan serta menghasilkan tiga bantuan jaringan.

Malah, pemain ini turut tersenarai selaku antara penjaring terbanyak ACC Shopee Cup walaupun pasukan diwakilinya itu sudah pun tersingkir beberapa hari lalu di tangan BG Pathum.

Sementara Akhyar pula sudah pun merekodkan sembilan gol serta lima bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 30 penampilan musim ini bersama Terengganu dengan aksi dipamerkan cukup baik.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN