Pemain penyerang Liverpool, Diogo Jota telah mendedahkan yang beliau tak gembira dengan keputusan Jurgen Klopp mengeluarkannya ketika beraksi bertemu Arsenal kemarin.
The Reds bertemu The Gunners di Emirates Stadium dalam aksi saingan Premier League kemarin, dengan kedua-dua pasukan terdesak mahu mengutip tiga mata penuh.
Manchester City keciciran mata kerana sekadar seri bertemu Crystal Palace sehari sebelum itu, dan ia memberi ruang selesa untuk anak-anak buah Jurgen Klopp itu merapatkan jurang mata.
Job done ✅️⚽️ pic.twitter.com/vOPM5Ol41Y
— Diogo Jota (@DiogoJota18) March 16, 2022
Arsenal sendiri turut mahu mengutip tiga mata penuh, dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.
Liverpool walau bagaimanapun berjaya menewaskan Arsenal 2-0, seterusnya merapatkan jurang mata dengan pendahulu saingan liga, Manchester City.
Dengan perbezaan satu mata, Liverpool kini hanya perlu memastikan mereka menang baki semua perlawanan selepas ini, dalam usaha untuk merampas gelaran Premier League dari The Citizens.
Diogo Jota berjaya meledak gol pendahuluan Liverpool dalam usaha anak-anak buah Jurgen Klopp itu untuk menamatkan rekod lima kemenangan berturut-turut Arsenal.
Walau bagaimanapun, sebaik selepas beliau meledak gol pendahuluan, Jurgen Klopp memutuskan untuk mengeluarkan Jota dan memasukkan Roberto Firmino.
£41m Liverpool player tells Alan Shearer he's 'never happy' after Klopp call last night (HITC) https://t.co/C9duAA4ype
— LFCNews (@LFCNews) March 17, 2022
Bercakap kepada Premier League Production, menurut hitc, Shearer telah bertanya sendiri kepada Jota tentang perasaannya ketika dikeluarkan oleh Klopp.
“Kamu boleh jujur dengan kami, apa yang kamu fikir ketika kamu nampak nombor kamu yang dipanggil di tepi padang dan sentuhan terakhir kamu adalah jaringan?”
Diogo Jota vs. Arsenal since joining Liverpool:
7 games
7 goals— B/R Football (@brfootball) March 16, 2022
Jota kemudiannya menjawab:
“Jadi, ia mungkin boleh jadi lebih teruk. Jika saya tidak menjaringkan gol, maka ia akan jadi lebih teruk. Saya tak pernah gembira ketika saya perlu dikeluarkan, tapi setidak-tidaknya itu cara yang baik untuk habiskan perlawanan.”
Bintang Portugal itu jelas sekali tidak akan gembira dengan beliau turut menunjukkan reaksi suram ketika keluar meninggalkan padang.
Keputusan Jurgen Klopp untuk memasukkan Roberto Firmino itu walau bagaimanapun tetap membuahkan hasil, selepas bintang Brazil itu meledak gol kedua untuk pasukan pelawat.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu selepas ini bakal meneruskan usaha mereka untuk memburu gelaran Premier League, dengan The Reds kini hanya satu mata sahaja di belakang Man City.
Arsenal juga tetap berasa bangga, dengan mereka walaupun kalah, masih mampu mempertahankan kedudukan mereka dikelompok empat teratas.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu juga ketika ini hanya satu mata sahaja di hadapan Manchester United yang sedang berada di kedudukan kelima.
Diogo Jota Makes Honest Admission About Liverpool Boss Decision During Arsenal Game https://t.co/8JCczRJ1q5
— Football ⚽ Live (@footballng1) March 18, 2022
Mereka walau bagaimanapun tetap lebih selesa kerana memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan.
The Gunners jelas sekali sangat berpotensi untuk kembali beraksi dalam saingan Champions League pada musim hadapan, dengan kali terakhir mereka berada di pentas terbesar Eropah itu adalah pada tahun 2017 yang lalu.
Mereka juga pada ketika ini lapan mata sahaja di belakang Chelsea yang sedang berada di kedudukan ketiga, dan jurang mata itu boleh berkurang kepada lima mata andai Arsenal menang baki dua perlawanan selepas ini.