“Saya Tak Kisah Beraksi Mana-Mana Posisi” – Joseph Kalang Tie

Joseph Kalang Tie selaku merupakan pemain berpengalaman dalam negara, dilihat bersedia untuk diletakkan dalam apa jua posisi sekalipun terutama sekali untuk membantu dua penyerang import baharu pasukan diwakilinya, Kuching City dalam saingan Liga Premier musim ini.

Pemain kelahiran Sarawak itu menganggap kehadiran dua penyerang import tersebut iaitu Abu Kamara dan Keanu Marqhael Marsh-Brown umpama nafas baharu buat skuad kendalian Irfan Bakti bagi terus memperkuatkan barisan hadapan musim ini.

Pendapat Joseph, beliau juga sedia untuk beraksi dalam apa jua posisi termasuk di bahagian sayap atau di bahagian tengah untuk membuka ruang buat dua penyerang tersebut memburu gol sekiranya pemain ini tidak diletakkan sebagai penyerang utama.

Pada musim lalu, pemain tengah berusia 34 tahun tersebut berjaya meledak empat gol keseluruhan untuk membantu pasukan tersebut berada dalam kedudukan kelapan Liga Premier.

“Saya tidak kisah untuk bermain di mana-mana posisi sekalipun, terpulang kepada jurulatih kerana itu adalah strategi beliau dan beliau lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan dalam diri pemain.

“Tahun lalu saya lebih banyak menjadi penyerang sokongan dan juga berada di bahagian sayap kanan iaitu posisi lama saya sebelum ini, jadi tahun ini tak tahu lagi macam mana.

“Saya sokong sahaja apa yang akan ditetapkan jurulatih berdasarkan taktikal dilakukan beliau dan kita akan tengok apa yang terbaik untuk pasukan ini nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Sepanjang tiga musim bersama Kuching City, Joseph akui kelab tersebut kian matang untuk memberi tentangan yang sengit buat mana-mana pasukan sejak mereka layak beraksi ke pentas Liga Premier pada tahun 2020.

Jelas beliau, dengan sedikit percaturan yang berbeza diterapkan pada musim kali ini dilihat mampu untuk melonjakkan kedudukan kelab kearah lebih baik sekali gus ingin melayakkan diri beraksi di saingan Liga Super buat pertama kali pada tahun hadapan.

“Memang ini sasaran kita sebenarnya sejak tahun lepas lagi, tetapi disebabkan banyak kekangan daripada segi persiapan dan sebagainya, kita masih di sini (Liga Premier) dan saya lihat persediaan musim ini lebih lancar.

“Tahun ini juga kita lebih banyak beri peluang kepada pemain muda dan dengan kombinasi bersama beberapa pemain lain yang berpengalaman, saya rasa tiada masalah untuk kami sasarkan ke Liga Super.

“Yang penting kita fokus satu demi satu perlawanan terlebih dahulu dan kalau ada rezeki, tidak mustahil kita boleh berikan yang terbaik untuk pasukan ini mara ke tahap lebih tinggi”, katanya.

Kuching City dilihat telah membuat sedikit perubahan dalam pasukan musim ini apabila mereka telah mengikat tiga pemain import baharu untuk memperkuatkan barisan pemain iaitu Yuki Tanigawa dari Jepun, Abu Kamara yang merupakan pemain kebangsaan Liberia serta Marsh-Brown yang berasal dari England.

Mereka juga telah mengekalkan tonggak import musim lalu iaitu pemain pertahanan, Aylton Ferreria Ananias dari Brazil untuk melengkapkan kuota pemain import yang dibenarkan beraksi dalam Liga Premier.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN