Bekas bintang Liverpool yang kini bermain untuk Juventus, Emre Can menyatakan beliau tidak gembira pada ketika ini.
Can turut tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk keluar dari Juventus, untuk mencari lebih peluang beraksi di atas padang.
Sebelum ini Can dengan terbuka meluahkan rasa tak puas hati beliau selepas disisihkan daripada skuad Liga Juara-Juara Eropah.
Ketika itu, Can menyatakan beliau dikhianati oleh Maurizio Sarri yang menjanjikan perkara sebaliknya seminggu sebelum itu.
Dan kini, Can tampil sekali lagi menyatakan ketidakgembiraan beliau dengan apa yang sedang melanda beliau di Juventus ketika ini.
Can berkata: “Saya tak gembira di Juventus ketika ini. Saya tidak bermain banyak perlawanan buat masa ini. Musim lalu saya bermain banyak, terutamanya dalam perlawanan penting Juventus. Dan saya bermain baik dalam perlawanan-perlawanan tersebut.”
"I don't play much at the moment. Last season I played a lot." 🤷♂️https://t.co/Eztx1Sm2Ww
— GOAL News (@GoalNews) October 10, 2019
“Musim ini saya tidak ada peluang. Namun bila saya fikir balik, adakah saya masih mendapat peluang lagi di kelab saya [Juventus].”
Lambakan pemain tengah di Juventus memang sudah berlaku pada musim lalu. Dan mereka menambah 2 lagi pemain seperti Rabiot dan Aaron Ramsey – yang Juventus tandatangani secara percuma.
Emre Can bukan pemain pilihan Maurizio Sarri pada ketika ini.
Adakah Emre Can akan meminta untuk dijual ataupun dilepaskan selepas ini?