“Saya Tak Dapat Bayangkan Kelebihan Yang Dimiliki JDT” – Jurulatih Ulsan Hyundai Kecewa Tidak Diberi Peluang Berlatih Di SSI

Pengendali jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sempat meluahkan rasa terkilannya apabila pasukannya dinafikan peluang untuk berlatih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang perlawanan menentang JDT pada petang ini.

Ulsan Hyundai akan berhadapan dengan JDT dalam perlawanan terakhir Kumpulan I di stadium yang memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk itu pada jam 4 petang ini.

Satu lagi perlawanan Kumpulan I membabitkan Kawasaki Frontale menentang Guangzhou FC turut akan berlangsung pada waktu yang sama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.

Dalam sidang media sebelum perlawanan semalam Myung-bo meluahkan rasa kurang puas hati kerana pasukannya tidak diberikan peluang membiasakan diri dengan keadaan padang di SSI.

Menurut Myung-Bo, rumput padang latihan dan Stadium Tan Sri Hassan Yunus di mana Ulsan Hyundai lebih kerap beraksi memiliki permukaan padang yang berbeza dengan apa yang ada di SSI.

Pengendali Ulsan tidak puas hati

Pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan JDT mencipta kejutan menewaskan juara ACL sebanyak dua kali itu dengan jaringan 2-1.

Dan selepas lima perlawanan diharungi oleh semua pasukan, Kumpulan I kini dilihat sebagai antara kumpulan paling sengit ACL 2022 apabila tiga pasukan berpeluang melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Ini menjadikan pertemuan di antara Ulsan Hyundai dan JDT pada petang ini menjadi perlawanan wajib menang buat kedua-dua pasukan.

“Kami kini tiba di perlawanan terakhir [peringkat kumpulan] dan ia adalah perlawanan terpenting kami. Tetapi AFC tidak memberi laluan melakukan latihan [di SSI], dan kami terpaksa melakukan latihan di padang latihan seperti kebiasaan.

“Kami berada di situasi menuju perlawanan di mana kami tidak boleh berlatih [seperti yang diharapkan].

“Padang latihan yang kami gunakan dan permukaan rumput untuk perlawanan esok [hari ini] 180 darjah berlainan. Saya minta maaf, tetapi kami sepatutnya diberikan peluang berlatih di sana [SSI],” kata Myung-bo dalam sidang media semalam.

Kelebihan buat JDT?

Sejauh manakah situasi yang dihadapi oleh Ulsan Hyundai itu akan memberikan kelebihan kepada JDT?

“Kami mengambil bahagian dalam pertandingan ACL pada musim lalu di Thailand, tetapi pada ketika itu semua empat pasukan bertanding beraksi di dalam keadaan [stadium] yang sama.

“Tetapi kini situasinya berbeza. Saya tak dapat bayangkan kelebihan yang JDT perolehi. Saya bependapat AFC harus memikirkan perkara sebegini dengan lebih mendalam,” tambah Myung-bo lagi.

Menurut Myung-bo, AFC terpaksa tidak membenarkan latihan diadakan di SSI untuk menjaga permukaan padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN