Walaupun Melaka United berjaya melangkah ke pusingan seterusnya saingan Piala FA 2022 setelah mencatat kemenangan besar ke atas PIB FC dari Liga M3, nyata pengendali pasukan tersebut iaitu Risto Vidakovic agak kecewa dengan prestasi anak buahnya.
Menurut pengendali tersebut, dirinya masih belum merasa puas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh barisan pemain biarpun berjaya menghadiahkan jaringan besar iaitu 4-0 ketika berhadapan pasukan lawan di halaman sendiri.
Risto Vidaković, Melaka United FC Head Coach after the First Round Malaysia FA Cup match against PIB FC, last night.#PialaFA2022#LigaMalaysia2022#MelakaUnitedFC2022 #AllUniteforMelaka pic.twitter.com/GI86GCcjqA
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) April 1, 2022
Namun, beliau juga tidak menolak untuk mengakui kemenangan tersebut melegakan dirinya bersama anak-anak buah setelah sebelum itu mencatat keputusan hambar dalam saingan Liga Super.
Untuk itu, Vidakovic menggesa para pemain supaya lebih bersedia dan fokus dalam latihan untuk perlawanan Liga Super seterusnya menentang Sabah di halaman sendiri bagi mencari tiga mata pertama mereka musim ini setelah merekodkan satu kekalahan dan satu seri.
“Saya tidak begitu berpuas hati terutamanya pada babak pertama kerana kita terlalu tergesa-gesa dan cepat kehilangan bola. Kita tidak bermain seperti yang kita sudah rancangkan.
“Pasukan lawan nampak lebih bermotivasi tetapi kita tidak boleh memandang rendah kepada mana-mana pasukan. Kita perlu beraksi dengan lebih baik daripada apa yang ditunjukkan pada malam ini,” katanya menerusi Berita Harian.
K Ramachandran selaku pengendali PIB FC pula mengulas barisan pemainnya sudah berjaya beraksi dengan baik terutama sekali pada separuh masa pertama.
Namun, layangan kad merah buat pemainnya menyebabkan lawan lebih bijak mengambil peluang untuk mendominasi perlawanan selain berjaya meledak banyak gol untuk menganggu fokus pasukan.
“Apapun, perlawanan ini menyuntik pengalaman berharga buat pemain dalam memperkasa pasukan di pentas Liga M3 walaupun tidak mampu mencipta kemenangan.
“Sebelumnya kami sudah meneliti persembahan Melaka termasuk mengenal pasti kekuatan barisan serangan mereka terutama menerusi sayap kiri dan kanan.
“Namun mereka menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka dalam perlawanan ini,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!