Saya Suka Melihat Aksi Willian, Dia Menunjukkan Corak Permainan Yang Menarik – Rio Ferdinand

Willian

Bekas pertahanan Manchester United yang kini merupakan pundit di BT Sport, Rio Ferdinand mengakui yang beliau begitu meminati aksi pemain Chelsea kelahiran Brazil, Willian.

Pemain berusia 29 tahun itu ternyata berada di kemuncak prestasi menarik beliau apabila meledakkan dua jaringan pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah kelmarin ketika bertandang ke Azerbaijan menentang Qarabag FK.

Peluang bagi Willian musim ini untuk membarisi kesebelasan utama Chelsea sedikit terhad namun pemain lincah ini membuktikan beliau mampu menyumbangkan sesuatu buat kelab London tersebut apabila diturunkan oleh Antonio Conte.

Prestasi yang ditampilkan Willian di Azerbaijan itu membuatkan Ferdinand begitu tertarik dengan kualiti yang dimiliki Willian dan mendedahkan beliau merupakan peminat kepada pemain yang memakai jersi nombor 22 Chelsea tersebut.

Ferdinand akui beliau merupakan peminat Willian.

Bercakap kepada BT Sport selepas tamat perlawanan, Ferdinand berkata: ”Saya sangat suka melihat aksinya. Saya rasa dia sangat hebat.”

”Dia tidak mempunyai banyak minit perlawanan pada tahun ini. Tetapi dia begitu tajam dalam pergerakannya. Dia mempunyai rembatan yang begitu menakjubkan terutamanya dengan kaki kanannya.”

”Bila anda begitu pantas dan tajam, anda akan dapat menewaskan pertahanan lawan.”

Jaringan pertamanya tercipta hasil gandingan mantap beliau bersama Eden Hazard dan Willian seterusnya melakukan sepakan ‘placing’ dalam kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Kepantasan dan ketajaman Willian sekali lagi terbukti apabila beliau yang melakukan larian solo berjaya meledakkan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk menutup malam gemilang buat dirinya.

Willian
BAKU, AZERBAIJAN – NOVEMBER 22: Willian of Chelsea scores his sides second goal during the UEFA Champions League group C match between Qarabag FK and Chelsea FC at Baki Olimpiya Stadionu on November 22, 2017 in Baku, Azerbaijan. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Lebih manis, dua sepakan penalti yang diterima Chelsea pada perlawanan ini juga berpunca daripada Willian yang dikasari dalam kotak penalti. Tidak hairanlah Rio Ferdinand begitu meminati corak permainan pemain berambut kembang ini.

Musim lalu Willian merupakan salah seorang daripada tonggak kepada kejayaan Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris yang juga merupakan musim pertama Antonio Conte di Stamford Bridge.

Chelsea akan berkunjung ke Anfield untuk bertemu Liverpool pada hujung minggu ini bagi meneruskan persaingan mengejar Manchester City yang kini gah di tangga teratas dengan mengumpul 34 mata. 9 mata dihadapan Chelsea yang menghuni tangga ke-3 liga ketika ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN