“Saya Masih Belum Puas Hati” – Faisal Halim Tekad mahu Usaha Lebih Keras Menentang Hong Kong

Setelah mencatat aksi yang sangat positif pada perlawanan baru-baru ini, pemain sayap negara iaitu Faisal Halim kian bersemangat untuk diturunkan pada penampilan seterusnya menentang Hong Kong.

Faisal antara pemain yang paling gembira dalam aksi perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Brunei lalu apabila berjaya membuka akaun jaringannya buat pertama kali di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Untuk rekod, Faisal telah membuat penampilb bersama skuad Harimau Malaya sebanyak enam penampilan sejak tahun 2019 bersama pengendali terdahulu, Tan Cheng Hoe.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, beliau melahirkan rasa sangat gembira dan kini berada dalam motivasi sangat tinggi untuk terus mencipta keputusan positif bersama rakan sepasukan yang lain pada perlawanan akan datang menentang Hong Kong, esok.

Walaupun begitu, Faisal menyerahkan segalanya buat pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon untuk menilai sendiri bakal pemain yang bakal beraksi malam esok dan beliau sendiri bersedia sekiranya masih diberi peluang beraksi.

“Saya mahu buat lebih lagi dari malam itu Jumaat lalu) sekiranya diberi peluang. Saya sangat teruja dan gembira kerana dapat menjaringkan gol pertama sebagai pemain negara,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod, pemain serangan Terengganu ini meledak gol ketik perlawanan pada minit ke-57 setelah mempunyai peluang terbuka dalam petak penalti untuk memudahkan beliau melepaskan rembatan deras dan menewaskan penjaga gol kebangsaan Brunei.

Selain Faisal, tiga lagi pemain kebangsaan yang meledak gol ialah Syafiq Ahmad, Syamer Kutty, dan Guilherme de Paula untuk melengkapkan malam gemilang buat pasukan negara mengetepikan cabaran lawan dengan keputusan penuh 4-0.

Tambah Faisal lagi, aksi yang dipamerkan oleh beliau dan rakan sepasukan lain adalah disebabkan kerja keras bersama sewaktu sesi latihan serta arahan taktikal Pan-gon dari tepi padang untuk memudahkan mereka beraksi.

“Latihan tak teruk tetapi berintensiti tinggi. Sistem diterapkan jurulatih akan memudahkan pasukan untuk bermain dengan mana-mana pasukan nanti.

“Untuk perlawanan itu, saya masih belum berpuas hati dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi untuk memberikan aksi lebih baik selepas ini,” katanya.

Selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan ini, Malaysia bakal berdepan cabaran sebenar iaitu saingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan hadapan untuk bertemu Turkmenistan, Bangladadesh, dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Tiga aksi yang bakal diharungi skuad kebangsaan itu bakal berlangsung di di Stadium Nasional Bukit Jalil dan akan disaksikan sendiri oleh peminat bola sepak Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN