“Saya Masih Ada Segalanya” – TMJ Abaikan Suara-Suara Sumbang ‘Bahan’ Kekalahan JDT

Demam final TM Piala Malaysia semalam nyata masih lagi dirasai sehingga ke hari ini walaupun segalanya telah ternoktah semalam.

Kejutan yang dibuat oleh Kuala Lumpur City ke atas pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata menerima pelbagai respon oleh pebagai pihak terutama di media sosial.

Tidak terkecuali, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) antara yang turut menerima kesan apabila salah satu ciapan Twitter dari seorang penyokong bola sepak dilihat ‘mengusik’ pemilik kelab JDT berkenaan.

Ia terjadi apabila salah satu hantaran di laman sosial Twitter oleh @khairizulfadhli, beliau mentertawakan pasukan kesayangan TMJ tersebut kerana tewas pada perlawanan epik pada malam tadi.

Namun TMJ seperti kita ketahui mempunyai sikap ketenangan dan bijak menjawab kembali ciapan berkenaan tanpa membabitkan sebarang perang emosi dan menjelaskan bahawa beliau masih ada segalanya biarpun pasukan milik beliau tewas.

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor (TMJ), masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.”

Antara Piala yang dikecapi selaku pemilik pasukan JDT pastinya kejuaraan AFC pada musim 2015, Piala Malaysia pada tahun 2019, serta membolot 8 tahun berturut-turut Piala Liga Super Malaysia.

TMJ turut menambah, “Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini atau sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya, Saya bersyukur kerana diberkati,” ujarnya di Twitter sendiri.

Penjelasan TMJ yang matang membuatkan ramai yang kagum dan memberi pelbagai maklum balas mengenai ciapan tersebut di Twitter.

Apapun, pastinya banyak yang akan dipersiapkan nanti oleh TMJ untuk pasukan JDT pada musim hadapan dalam mengukuhkan skuad serta kewangan buat pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN