Setelah berjaya membuka akaun jaringan musim ini bersama Terengganu sewaktu pertemuan menentang Selangor beberapa hari lalu, jelas Faisal Halim berharap agar dapat beraksi pada perlawanan seterusnya bersama pasukan.
Menurut pemain sayap lincah Terengganu itu, nyata beliau tidak sabar turun beraksi dalam aksi tertunda pusingan pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan pada Jumaat ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
🔥 Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC bakal bertemu pada Jumaat ini bagi menentukan pasukan manakah yang akan mengisi slot terakhir di Pusingan Kedua Piala FA!
Saksikan secara langsung di unifiTV 703, unifi playTV dan YouTube.#PialaFA2022 pic.twitter.com/ugPwSBziqG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 26, 2022
Pada perlawanan menentang Selangor lalu, Faisal telah mengalami kecederaan di harmstring dan kini beliau masih dipantau serta membuat proses pemulihan sebelum keputusan untuk pemain ini beraksi atau tidak menentang anak buah K. Devan itu.
Walaupun begitu, pemain kelahiran Penang ini tetap positif dengan keadaan semasa dan mempercayai rakan sepasukan yang bakal menggantikan beliau mampu beraksi dengan baik untuk membantu Terengganu peroleh keputusan positif.
“Sejujurnya saya kecewa atas kecederaan ini apatah lagi aksi penting itu adalah pertemuan kalah mati. Seboleh-bolehnya saya mahu turun beraksi membantu pasuka. Gol pertama musim ini ketika menundukkan skuad The Red Giants minggu lalu membakar semangat saya untuk membantu pasukan mara ke pusingan kedua.
“Namun begitu saya reda dengan ketentuan Allah dan tetap percaya rakan sepasukan mampu menggalas tugas berkenaan dengan baik sekiranya saya tidak dapat beraksi,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak menerusi Berita Harian.
Dalam masa sama, Faisal juga mengakui Negeri Sembilan kini berada dalam prestasi terbaik dan itu menjadi ujian buat beliau dan rakan sepasukan bagi mencatat keputusan yang baik apatah lagi menyedari pasukan lawan ketika ini berada di keputusan lebih baik dalam carta Liga Super musim 2022 berbanding Terengganu.
📈 Kedudukan pasukan Terengganu FC dalam carta #LigaSuperMalaysia2022 selepas perlawanan ke-4.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/MwGhZFxINy
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 22, 2022
“Kebangkitan pasukan harap dapat diteruskan Jumaat ini. Lagi pun kami berada pada landasan terbaik untuk melakar kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri walaupun tugas sukar.
“Saya juga percaya barisan jurulatih mempunyai strategi dan taktikal terbaik bagi memastikan kami tidak ‘berputih mata’ di laman sendiri,” kata Faisal.
Untuk rekod, perlawanan tersebut sepatutnya dijalankan lebih awal iaitu pada bulan Mac lalu sebelum ditunda akibat penularan wabak Covid-19 yang menyerang kem Negeri Sembilan dan aksi Jumaat ini juga bakal menjadi tanda tanya pasukan mana yang bakal berhadapan Kedah pada pusingan seterusnya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!