“Saya Mahu Buktikan Sesuatu” – Sean Selvaraj Tak Sabar Jumpa Bekas Kelab Selangor

Sean Selvaraj Selangor Negeri Sembilan

Empat tahun bersama Selangor bukanlah satu tempoh yang singkat buat Sean Selvaraj. Pernah dicanang sebagai bintang masa depan dan diberi peluang menyarung jersi nombor 7, beliau akhirnya berpisah pada penghujung musim lalu dan menyertai pasukan tempat kelahirannya Negeri Sembilan.

Tetapi pada malam ini, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai misi peribadinya yang tersendiri apabila berdepan dengan bekas pasukannya di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Skuad Hobin Jang Hobin kembali ke pentas tertinggi saingan domestik selepas muncul juara Liga Premier pada musim lalu dan kemasukan Sean pastinya menjadi nilai tambah yang penting buat skuad kendalian K. Devan berkenaan.

Negeri Sembilan membuka tirai musim ini dengan langkah kanan selepas menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada awal bulan lalu. Kemudian aksi seterusnya berdepan Terengganu di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak terpaksa ditunda akibat dari serangan Covid-19 yang melanda kem pasukan lawan.

Dengan aksi Liga Super akan kembali bersambung selepas tempoh rehat kalendar antarabangsa, Sean berharap pasukannya mampu mencatat kemenangan kedua bagi meningkatkan keyakinan pasukan selain berharap ia dapat menarik kembali minat penyokong untuk hadir menonton perlawanan di stadium.

“Secara peribadi, saya ada sesuatu untuk dibuktikan berdepan dengan bekas kelab saya, tetapi dalam perlawanan ini bukan kerana saya semata-mata. Ia adalah tentang pasukan dan kami akan bermain untuk menang,” ujar bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara itu dalam temubualnya bersama The Star.

“Selangor adalah skuad yang lengkap untuk sepanjang musim. Dalam kes kami pula, menang ke atas pasukan kuat seperti mereka akan berikan kami keyakinan untuk pusingan pertama liga.

“Negeri Sembilan baru sahaja kembali ke liga utama, jadi setiap kemenangan akan berikan kami motivasi yang besar dalam sasaran kami untuk menamatkan saingan di kedudukan enam terbaik.

“Selain itu, jika kami dapat keputusan yang baik hari ini, lebih ramai penyokong akan datang ke [stadium] Paroi untuk menonton aksi kami.

Kami berharap sangat untuk melihat penyokong kembali hari ini memandangkan kami perlukan sokongan untuk lakukan yang terbaik di Liga Super.

Selepas aksi malam ini, Negeri Sembilan akan berkunjung ke Penang pada hujung minggu dan kemudian kembali beraksi di gelanggang sendiri bertemu PJ City pada minggu seterusnya.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN