Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mahu memperbaiki segala kelemahan beliau dari segi aspek serangan dalam petak penalti gol sambil mengimpikan aksi lebih sempurna jika beliau dipilih bermain.
Jelas Luqman, nyata dia kurang berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan sebelum ini dan akui masih di tahap yang biasa untuk memberi impak besar dalam permainan sewaktu beraksi dalam dua kejohanan ketika mewakili skuad senior kebangsaan setelah dinilai sendiri persembahannya.
Menurut penyerang muda kelab KV Kortrijk yang beraksi di Belgian First Division A itu, Luqman tekad untuk memikat hati Kim Pan Gon dengan membuktikan sesuatu dalam aksi perlawanan persahabatan ini sepanjang bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan tersebut.
“Saya pernah bermain di Dubai (Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023) dan Piala AFF (di Singapura), jadi kelemahan sebelum ini perlu diperbaiki. Saya tahu kelemahan sendiri, saya kena belajar daripada kesilapan.
“Mungkin saya tidak berpuas hati dengan persembahan sebelum ini, jadi saya kena tunjuk balik (kemampuan),” katanya dalam sesi latihan pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi Harian Metro.
Ketika bersama era kejurulatihan bekas pengendali Tan Cheng Hoe, pemain muda ini sering diberi peluang beraksi sebagai pemain gantian untuk memperbaiki semula aspek serangan.
Kemasukan Luqman dilihat berjaya meninggalkan impak atas padang biarpun selaku pemain gantian perlawanan dan tidak pernah lagi mencetak gol dalam lapan aksi bersama skuad senior ditampilkan.
Luqman bakal menjadi salah satu aset penting dalam sistem baharu yang diterapkan Pan Gon kerana pemain ini memiliki aset yang sangat berkualiti dari segi membuat larian deras, kawalan bola yang baik, fizikal yang tegap serta daya rembatan kuat untuk dibawa beraksi di Singapura dalam tiga perlawanan yang bakal dihadapi skuad kebangsaan.
Beliau sebelum ini mula mencipta impak bersama skuad kebangsaan b-16 (B-16) di saingan AFC apabila menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut pada tahun 2018 dengan lima gol diledak Luqman walaupun skuad negara ketika itu pulang lebih awal.
Luqman juga menjadi watak penting di bahagian serangan ketika mewakili skuad bawah 18 tahun negara (B-18) apabila menjadi antara peledak berbisa sepanjang kejohanan AFF B-18.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!