“Saya Kecewa Dengan Pemergian Mereka” – Milos Gordic

Penyerang handalan Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic akui sangat kecewa dengan situasi yang dihadapi pasukan diwakilinya sepanjang mengharungi persaingan pada musim ini.

Situasi terbaharu menyaksikan dua lagi pemain import Kedah sah meninggalkan beliau bersama rakan sepasukan lain walaupun tahun 2025 baharu sahaja menjengah tiba.

Menerusi perkongsian laman rasmi Kedah sebelum itu, Cleylton dos Santos (Brazil) serta Sukhrob Nurullaev (Uzbekistan) sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Malaysia (Liga M) selain Faiz Nasir juga kembali bersama Terengganu.

Hanya status semasa Cleylton sahaja diketahui kini, apabila beliau sah menyertai Persis Solo di Indonesia bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee dengan status import terbaharu.

Kehilangan tiga pemain itu jelas meninggalkan impak cukup besar buat Kedah yang masih mempunyai beberapa baki perlawanan pada saingan musim ini termasuk MFL Challenge Cup.

Walaupun begitu, Milos tetap optimis dengan situasi semasa dan nekad untuk meneruskan perjuangan bersama rakan sepasukan lain masih ada.

“Saya kecewa dengan pemergian mereka kerana mereka sangat bermakna kepada kami dalam pasukan.

“Nurulloev dan Cleylton adalah pemain yang cemerlang dan individu yang hebat. Ini adalah kerugian besar bagi kami terutamanya dalam keadaan kewangan kelab yang sukar sekarang. Pemergian mereka menambah beban yang sudah kami hadapi,” kata Milos menerusi perkongsian Sinar Harian.

Pada masa sama, Milos turut menyeru kepada peminat untuk terus memberi sokongan kepada mereka walaupun pasukan itu selepas ini bakal dibarisi ramai pemain muda bagi mengisi kekosongan ditinggalkan.

“Tetapi kami memerlukan semua rakyat Kedah untuk turut serta dalam perjuangan ini dan menyokong kami.

“Kelab ini mesti terus hidup, dan kami memerlukan sokongan anda. Kami mempunyai pemain muda yang berbakat, dan kami akan terus berjuang,” katanya lagi.

Musim ini menyaksikan Milos dan rakan sepasukan lain telah ditimpa dengan cabaran cukup getir apabila Kedah menjadi antara pasukan yang mengalami isu tunggakan gaji serta sumber kewangan cukup menyedihkan.

Selain Milos, pasukan itu hanya memiliki seorang sahaja lagi penyerang import yang masih bersama Kedah iaitu Ebenezer Assifuah dengan selebihnya sudah pun mengucapkan selamat tinggal.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN