“Saya Hargai Jika Terima Tawaran Rasmi” – Hassan Sazali Waras Pertimbang Kendali Skuad B-23 Negara

Tampil dengan membawa kejuaraan buat skuad negara pada aksi Piala AFF B-19 ini, nama Hassan Sazali Waras mula mendapat perhatian ramai pemerhati bola sepak negara mengenai hala tuju beliau selepas ini.

Ketika ini nama beliau dicanang-canang sebagai calon terbaik untuk menjadi pengendali baharu skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) setelah kekosongan ditinggalkan oleh Brad Maloney.

Menurut Hassan, beliau setakat ini tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru sekiranya menerima tawaran untuk mengendalikan skuad kebangsaan B-23 pada masa akan datang.

Jelas beliau, pelbagai perkara perlu diperhalusi termasuk halatuju yang bakal ditetapkan sekiranya Hassan diberi peluang mengendalikan skuad tersebut selain faktor tanggungjawab lebih besar.

Ketika ini, Hassan jelas mahu memberi fokus sepenuhnya terlebih dahulu kepada skuad negara B-19 memandangkan mereka bakal menghadapi satu lagi kejohanan iaitu saingan Kelayakan Piala Asia pada hujung tahun ini.

“Saya menghargai jika menerima tawaran secara rasmi namun sehingga kini tiada apa-apa atau penawaran untuk dilantik sebagai jurulatih B-23 negara.

“Pada masa sekarang, saya ada tugasan yang perlu diselesaikan membabit pasukan B-19 negara. Saya menyerahkan kepada kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa teknikal untuk menentukan siapa bakal mengisi kekosongan itu.

“Apa yang boleh saya katakan, saya kena tengok tawaran itu kerana perlu tahu apa penanda aras yang diletakkan kerana perkara itu harus dibincangkan,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod, akhbar tempatan iaitu Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan mengenai status Hassan yang berkemungkinan bakal diberi tanggungjawab baharu untuk mengendalikan skuad kebangsaan B-23.

Ini kerana Hassan dilihat berjaya membawa sinar baharu dalam skuad pembangunan negara setelah merekodkan keputusan cemerlang dalam saingan Piala AFF B-19 baru-baru ini dengan menjuarainya.

Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga tidak menolak sekiranya Hassan menjadi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Brad Maloney itu dan tiada ulasan lebih lanjut diberi.

Menurut Saifuddin, sehingga kini FAM masih belum memutuskan siapa layak untuk mengisi jawatan tersebut dan segalanya bakal ditentukan dalam tempoh masa terdekat selepas membuat perbincangan bersama Kim Pan-gon yang menjawat posisi pengendali utama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN