“Saya Disanjungi, Dikeji, Dimaki” – Aidil Sharin Titip Perpisahan Buat Kedah

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin akhirnya meluahkan segala perasaannya selepas beliau sah tidak lagi bersama pasukan tersebut untuk saingan Piala Malaysia 2022.

Aidil yang boleh dianggap sebagai salah seorang jurulatih dengan reputasi yang agak tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini, tampil dengan serba tidak konsisten untuk aksi musim 2022.

Kemuncak dalam segala kemerosotan beliau bersama KDA, apabila pasukan tersebut merekodkan lima kekalahan dalam baki aksi terakhir saingan Liga Super.

Terbaharu, beliau telah pun meluahkan perasaannya menerusi Instagram dan jelas mendapat pelbagai perhatian ramai termasuk dalam kalangan pemain.

Aidil mengucapkan terima kasih kepada KDA kerana telah memberi ruang rezeki buat dirinya selama empat tahun ini dan mengakui banyak pengalaman dihadapi beliau sepanjang melatih pasukan tersebut.

“Terima kasih Kedah memberi rezeki kepada saya selama empat tahun. Saya disanjungi, dikeji, dan dimaki, tapi itu lumrah hidup.

“Ada pasang dan surutnya. Tapi Allah lebih mengetahui. So berdiam diri lebih baik. Rezeki itu adalah ujian, kuncinya ialah sentiasa bersyukur dan sabar.

“Sudah sampai masanya untuk saya pulang ke negeri saya sebelum perjuangan seterusnya untuk keluarga saya.

“Jika satu pintu rezeki hamba Allah tertutup, Allah akan buka pintu yang lebih baik. InsyaAllah, Amin YRA. Aidil signing off,” tulis beliau di Instagram sejam lalu.

Sepanjang bersama KDA, pengendali dari Singapura itu telah menghadiahkan Piala FA pada musim 2019 selain menjadi finalis Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Selain itu, Aidil juga berjaya membawa KDA untuk beraksi dalam saingan kelayakan AFC Champions League (ACL), serta melangkah ke saingan Piala AFC musim ini di pusingan separuh akhir Zon Asean.

https://www.instagram.com/p/Cj2kr4ePb-W/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Rekod itu pastinya akan dikenang oleh para penyokong KDA dan Aidil kekal menjadi antara jurulatih paling berjaya pernah mengendalikan pasukan tersebut selama empat musim ini.

Menerusi kejayaan beliau dalam menguruskan KDA sebelum ini, maka tidak mustahil untuk beberapa pasukan lain yang menyimpan minat untuk mendapatkan khidmat Aidil pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN