Liverpool telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan kiri Greece, Kostas Tsimikas dari Olympiakos dengan harga £11.75 juta (RM64.5 juta) menjadikannya sebagai pembelian pertama mereka sejak menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan telah menandatangani kontrak selama lima tahun, menerima gaji £50,000 (RM274,000) seminggu dan akan menyarung jersi nombor 21 sebagai pemain sandaran untuk menyaingi Andy Robertson di Anfield.
Dengan aksi pra-musim akan bermula 15 Ogos ini, Tsimikas telah pun selesai menjalani pemeriksaan perubatan dan akan menyertai sesi latihan pasukan di Melwood dalam masa terdekat.
Kostas Tsimikas, the Greek god is at Liverpool#YNWA pic.twitter.com/mqy5hEhYem
— Abakah Amoah👨🏿🚒 (@iHave_Sika) August 11, 2020
Dengan harga yang boleh dianggap murah, banyak pihak yang tertanya-tanya siapakah gerangannya pemain yang bernama Tsimikas ini yang menjadi pemain Greece kedua menyertai Liverpool selepas Sotoris Kyrgiakos.
Dilahirkan di Thessaloniki, beliau memulakan kariernya dengan menyertai pasukan kecil di kampungnya sebelum dirisik akademi Neapoli Thessaloniki ketika berusia 14 tahun. Kemudian pada 2013, beliau berpindah ke akademi Panserraikos sebelum menyertai Olympiakos pada 2014.
Setahun kemudian, Tsimikas membuat penampilan pertamanya dalam Liga Super Greece ketika perlawanan menentang AEL Kalloni pada Disember 2015 dengan masuk sebagai pemain gantian dan beraksi selama 16 minit.
Beliau mengambil masa sehingga dua setengah tahun untuk menjadi pemain utama kelab gergasi Greece itu dengan dipinjamkan ke Esbjerg di Denmark dan kemudian Willem II di Belanda.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1292886805495373825?s=20
Dengan menjaringkan gol ketika debut bersama Esbjerg dan mempamerkan aksi yang cukup cemerlang sepanjang dipinjamkan ke Willem II.
Semusim bersama Willem II, beliau telah menjaringkan enam gol dan menyumbang empat bantuan jaringan membuktikan dirinya telah bersedia sepenuhnya untuk menjadi pemain utama bersama Olympiakos.
Musim penuh pertamanya bersama Olympiakos pada 2018/19, beliau beraksi 28 perlawanan dengan menyumbang tiga bantuan jaringan. Kemudian pada musim ini, beliau telah merekodkan tujuh bantuan jaringan dalam 46 perlawanan dan membantu pasukannya menjuarai liga buat kali ke-45.
Pemerhati bola sepak melihat banyak persamaan di antara Tsimikas dengan Andy Robertson yang beraksi di posisi pertahanan sayap kiri dan mempunyai statistik pertahanan yang baik termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL) musim ini.
Dengan fizikalnya yang agak tinggi, ianya satu kelebihan untuk beraksi di EPL yang mempunyai tempo permainan yang keras serta bersesuaian dengan sistem Jurgen Klopp.
A #UCL comparison between Kostas Tsimikas and Andy Robertson. 🔎
— CLUB (@clubgame_app) August 10, 2020
Liverpool’s new signing covered more ground per game than any of their defenders in the campaign. @fbref #LFC pic.twitter.com/XJWp5fej5a
Sebenarnya Tsimikas sudah pun berada di bawah radar pasukan pencari bakat Liverpool sejak 2017 ketika sedang dipinjamkan di Willem II. Liverpool tidak mahu lagi menunggu lama terutaanya apabila tawaran Liverpool untuk mendapatkan pemain Norwich, Jamal Lewis dan pemain Real Madrid, Sergio Reguilon ditolak.
“Kami telah memantau Kostas sejak sekian lama dan kami gembira akhirnya dia menyertai kami. Dia merupakan pemain bola sepak yang baik dengan sikap yang dahagakan kemenangan dan saya sukakan mentalitinya,” ujar Klopp.
Dengan pengalaman 136 penampilan di peringkat kelab termasuk beraksi di peringkat Eropah, Tsimikas diyakini dapat menjadi pemain sandaran yang baik buat Roberson sekiranya pilihan utama itu terpaksa direhatkan dan tidak perlu lagi bergantung kepada James Milner yang semakin berusia.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool: