‘Saya Cuma Dapat Memuji Aksi Tangkasnya Menafikan Banyak Peluang Perak’

Rahadiazli Terengganu FC Perak Liga Super 2020

Biarpun tewas, aksi penjaga gol ketiga Terengganu FC, Rahadi Azli menarik perhatian pengendali Perak, Mehmed Durakovic ketika pasukannya menang 3-1 dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Ketangkasan penjaga gol berusia 19 tahun itu menafikan sebahagian besar peluang Perak membolehkan pelawat hanya merobek gawangnya sebanyak tiga kali.

Menurut Mehmed Durakovic lagi, seharusnya The Bos Gaurus menang dengan jumlah gol yang besar, namun Rahadi Azli telah berjaya mempamerkan aksi memukau.

“Kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol tadi. Penjaga gol mereka telah beraksi dengan cemerlang,” ujarnya dalam sidang media selepas perlawanan.

“Saya rasa, dia adalah pemain terbaik perlawanan apabila menafikan banyak peluang dengan aksi diluar jangkaan. Sebenarnya, kita boleh menang lima atau enam gol.

“Jadi, tahniah untuknya. Dia masih muda dan penjaga gol yang bagus berdasarkan pemerhatian saya. Tinggi dan kuat, saya cuma dapat memuji aksinya,” jelas Mehmed Durakovic sambil menyatakan Perak juga telah menyenaraikan penjaga gol muda.

Nasrullah-Aziz-Perak-Terengganu-FC-Liga-Super-2020
FOTO: Terengganu FC

Penjaga gol berusia 22 tahun, Nasrullah Aziz membuat penampilan sulungnya bersama Perak apabila dua penjaga gol utama, Hafizul Hakim dan Khairul Amri terpaksa disisihkan pengendali tersebut akibat kecederaan yang mereka alami.

“Nasrullah [Aziz] adalah penjaga gol ketiga kita. Dia juga masih muda. Jadi, masa depan yang baik untuk posisi penjaga gol di Malaysia,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai tiga mata yang diraih, Mehmed Durakovic tidak menyembunyikan kegembiraannya dengan aksi yang telah dipamerkan oleh pemainnya.

“Semua bermain dengan baik sekali,” ujarnya sambil menyatakan semua pemain termasuk pemain gantian telah menjalankan tugas dengan sangat baik.

“Saya sangat gembira dengan keseluruhan aksi malam ini. Kami telah beri 100 peratus sepanjang perlawanan dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk datang ke Terengganu untuk aksi pertama dan memenangi perlawanan sebegini,” jelasnya.

Kemenangan tersebut membolehkan Perak menduduki takhta liga untuk minggu pertama dengan dua lagi perlawanan berbaki dan akan berlangsung pada malam ini.

KREDIT FOTO: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN