“Saya Berada Di Sini Kerana Penyokong”- Nafuzi Zain Gembira ‘Misi Asia’ Tercapai

Terengganu boleh dikatakan sedang menikmati musim terbaik mereka ketika ini dalam saingan domestik, apabila terbaharu pasukan itu berjaya muncul selaku naib juara Liga Super 2022.

Sebelum itu, Terengganu juga cemerlang dalam saingan Piala FA, setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir sebelum mereka ditewaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bergelar selaku naib juara.

Kejayaan tersebut pastinya tidak akan berlaku jika Nafuzi Zain tidak terus menjadi tulang belakang Terengganu sejak 2019 selaku Ketua Jurulatih bagi pasukan tersebut.

Sepanjang empat musim bersama Terengganu, perkara paling memberi impak sekali buat pasukan tersebut ialah dari segi corak permainan yang jelas mengalami perubahan mendadak.

Nafuzi berjaya mencipta DNA tersendiri untuk dipadankan dalam pasukan dan ianya kini jelas membuahkan hasil yang sangat positif dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Walaupun begitu, segalanya tidak mungkin dapat direalisasikan oleh Nafuzi sekiranya beliau tidak mendapat sokongan penuh daripada para penyokong.

Sepanjang bersama Terengganu, jelas penyokong memainkan peranan penting dalam menyokong segala usaha pengendali muda berbakat besar itu untuk mencipta empayar tersendiri.

Akhirnya usaha beliau membuahkan hasil apabila Nafuzi berjaya membantu pasukan tersebut untuk meraih tiket ke saingan Piala AFC untuk musim 2023.

Menurut Nafuzi, kejayaan mereka melayakkan diri ke saingan peringkat Asia itu merupakan suatu penghargaan buat para penyokong Terengganu.

“Untuk ke Asia ini saya tahu harapan para penyokong pastinya sangat tinggi diletakkan kepada kami.

“Saya berada di sini hari ini kerana ia merupakan pilihan para penyokong yang mempercayai saya sejak awal musim.

“Jadi untuk itu, ia merupakan satu hadiah kepada para penyokong, dan ia juga berpunca daripada sokongan penuh daripada pemain untuk kami melepasi sasaran yang diinginkan,” jelas Nafuzi menerusi laman rasmi MFL.

Skuad kendalian Nafuzi itu menutup musim 2022 dalam saingan Liga Super dengan sangat cemerlang setelah kejayaan mereka menumpaskan Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Dua jaringan daripada Tchetche Kipre serta satu gol menerusi ledakan Faisal Halim cukup untuk menamatkan cabaran tuan rumah yang tampil serba longlai.

KDA walau bagaimanapun berjaya memperoleh satu gol sagu hati pada penghujung perlawanan menerusi pemain tengah mereka, Dechi Marcel sebagai jaringan penutup pasukan tersebut musim ini.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN