“Saya Akui Sangat Gementar” – Declan Lambert Teruja Dapat Kepercayaan Kim Pan-gon

Menjelang aksi final malam esok dalam saingan King’s Cup di Chiang Mai, Thailand, para pemain kebangsaan pastinya tidak sabar untuk mengetahui sekiranya mereka dipilih untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Menentang Tajikistan yang dianggap lawan kuat buat Harimau Malaya, sudah tentu Kim Pan-gon ingin terus menguji kekuatan penuh barisan pemainnya selepas kejayaan mereka menewaskan Thailand.

Setakat ini, masih ada lagi lapan pemain belum diuji jurulatih dari Korea Selatan itu dan medan kejohanan itu pastinya penting buat beliau sebagai persiapan sebelum saingan Piala AFF akan datang.

Menerusi barisan pemain dibawa kali ini, ada beberapa muka baharu dipilih buat pertama kali dan berjaya mendapat peluang untuk mencipta aksi sulung mereka bersama Harimau Malaya.

Kedua pemain tersebut ialah Azam Azmi Murad serta Declan Lambert yang beraksi di bahagian pertahanan dan diberi peluang bermain di separuh masa kedua sewaktu berdepan cabaran tuan rumah.

Menurut Azam Azmi, beliau jelas gembira dengan penampilan pertamanya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan selepas pemain tersebut dibawa masuk untuk menggantikan khidmat Khuzaimi Piee pada minit ke-79.

Pertahanan kental dari Terengganu itu juga jelas tidak sabar untuk aksi seterusnya menentang Tajikistan sambil Azam menyatakan akan memberi segalanya jika diberi peluang bermain.

“Bagi penampilan pertama saya, ia jelas suatu kegembiraan buat diri ini kerana telah diberi peluang oleh jurulatih, dan saya bersyukur dengan penampilan pertama saya bersama skuad kebangsaan berakhir dengan kemenangan.

“Semestinya saya tidak sabar untuk aksi final, kerana ini penampilan saya bersama skuad senior, jadi jika diberi peluang pastinya aksi terbaik akan diberikan buat Malaysia,” jelas Azam menerusi saluran Youtube FAM.

Pada masa sama, Declan juga berasa gembira kerana dirinya diberi kepercayaan oleh barisan jurulatih negara untuk beraksi pada 10 minit terakhir permainan.

Kembar kepada Ryan Lambert itu juga mengakui sangat gugup untuk penampilan pertama beliau tetapi pemain Kuala Lumpur City (KL City) itu juga menyatakan dalam masa sama sangat teruja.

“Ia sesuatu yang sangat menggembirakan apabila saya diberi kepercayaan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan pada 10 minit terakhir lalu.

“Penampilan pertama buat skuad kebangsaan membuatkan perasaan sangat gugup tetapi pada masa sama saya sangat teruja untuk memberikan terbaik buat negara,” terang Declan dengan gembira.

Kedua pemain ini dilihat berjaya memberi impak positif meskipun mereka baru membuat penampilan pertama buat skuad kebangsaan.

Ini pastinya memberi lebih banyak pilihan buat Pan-gon untuk terus memilih para pemain terbaik dan disesuaikan mengikut corak permainan lawan pada aksi seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN