“Saya Ada Banyak Pilihan Pemain” – Pengendali Kelantan DN

Pengendali Kelantan Darul Naim (KDN) iaitu Park Jaehong mengakui kini beliau memiliki lebih banyak pilihan pemain untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) serta memperbaiki prestasi semasa kelab.

Terdahulu, KDN menjadi antara kelab yang sangat menonjol pada jendela perpindahan kedua selepas beberapa muka baharu sah ditandatangani mereka.

Menjadi kelab paling tercorot di carta Liga Super, maka tidak hairan pasukan itu hadir dengan mencipta rombakan terutama di posisi serangan.

Kehadiran Park Jaehong pada sejak musim setakat ini masih belum cukup untuk memberikan impak besar dalam prestasi kelab dan sudah tentu rombakan ini mampu sedikit sebanyak mengubah hala tuju baharu pasukan di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Disebabkan itu, Park tampil optimis mereka mampu untuk hadir dengan lebih baik menjelang aksi Liga Super seterusnya menentang Negeri Sembilan.

Malah, kehadiran beberapa muka baharu itu juga dianggap bakal menjadikan mereka sukar untuk diramal oleh pasukan lawan di segenap posisi.

“Kehadiran lima pemain baharu akan menyebabkan KDN FC menjadi lebih baik terutamanya jentera serangan yang tumpul sebelum ini”.

“Saya mempunyai banyak pilihan pemain dan kami juga boleh membuat penggiliran berdasarkan taktikal perlawanan,” jelas Park menerusi perkongsian laman rasmi KDN sebentar tadi.

Untuk rekod semasa, KDN telah pun menandatangani khidmat lima import terbaharu dengan empat daripadanya beraksi di posisi serangan yang suatu ketika menjadi punca kelemahan utama pasukan itu.

Lima pemain tersebut merupakan Layth Kharoub, Aung Kaung Mann, Hakimi Abdullah, Muhaimin Izzudin serta bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (Kedah) Fikri Che Soh.

“Kecuali Fikri, empat pemain lain berkeupayaan bermain di posisi serangan. Ini satu tambahan yang bagus serta boleh memberikan kami lebih pilihan bagi memburu jaringan”.

“Sekarang kami perlu melihat kehadapan kerana kami mahu memperbaiki pasukan. Selepas itu, kami berniat untuk masuk semula ke dalam persaingan dan merebut mata pada setiap perlawanan. Kami kena cari mata untuk keluar dari tangga terakhir,” jelas beliau lagi.

Pandangan anda, adakah KDN bakal mencipta perubahan lebih positif selepas rombakan besar yang dilakukan mereka kini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN