Saul Pertahan Real Madrid, Menang La Liga Bukan Kerana VAR

Real Madrid La Liga

Pemain Atletico Madrid, Saul Niguez menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kejayaan Real Madrid beraksi cemerlang dalam saingan La Liga hingga hampir menjadi juara bukanlah kerana Video Assistant Referee (VAR).

Sebaliknya, beloau berpendapat ianya adalah kerana aksi cemerlang pasukan musuh setempatnya itu dibawah kendalian Zinedine Zidane.

Menurut laporan Europa Press, Saul menganggap Real jelas sekali memang berhak untuk menjadi johan.

“Jika Real menang, itu disebabkan mereka benar-benar berhak dan bukannya kerana bantuan Video Assistant Referee (VAR).”

“Saingan liga lazimnya dimenangi oleh pasukan yang beraksi lebih baik untuk sepanjang musim dan Real mempunyai musim yang cukup-cukup lengkap.”

Saul mengatakan yang pasukan kendalian Zidane itu benar-benar mengangkat prestasi mereka ke satu tahap yang lain selepas La Liga kembali bersambung.

Real kini berpotensi untuk mengesahkan kejuaraan La Liga mereka yang pertama sejak 2017 jika berjaya menang ke atas Villareal di Santiago Bernabeu.

Dalam masa yang sama, Saul yang juga merupakan pemain kebangsaan Sepanyol mengatakan benar VAR sering memberikan sepakan penalti kepada Real.

“Benar apa yang Diego Simeone katakan, jika Real memperoleh sepakan penalti yang banyak itu kerana mereka betul-betul berkeras mahukannya.”

“Kadang-kadang mereka memang minta banyak perkara yang lebih baik untuk diri mereka.”

Atletico Madrid bagaimanapun dijangka menghabiskan saingan La Liga ditangga ketiga di belakang Real dan juga Barcelona.

Baca juga artikel kami mengenai Los Blancos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN