Saturday Night Football League (SNFL) 2019, Liga Sosial Terbesar Pertama Di Melaka

SNFL Melaka 2019

Melaka bakal dimeriahkan dengan sebuah liga sosial terbesar yang dikenali sebagai Saturday Night Football League 2019 / Piala Ketua Menteri Melaka, bermula pada jam 8.00 malam ini bertempat di Stadium Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.

Kejohanan hasil inisiatif empat buah kelab iaitu Duyong Fighters, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), PSP FC dan Tampoi FC ini turut mendapat kerjasama Pejabat Ketua Menteri Melaka serta mendapat pengiktirafan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA).

Ini merupakan permulaan buat kejohanan amatur ini dan dijangka akan mendapatkan pengiktirafan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyertai Liga Amatur M4 di masa akan datang.

Kumpulan SNFL 2019

16 pasukan bakal berentap dan telah dipecahkan kepada empat kumpulan, dimana dua pasukan terbaik setiap kumpulan bakal melangkah ke suku akhir. Semua perlawanan akan dijalankan setiap Jumaat dan Sabtu malam di Stadium UTeM, Melaka.

MRS Synergi Prima dan Figos akan bertindak selaku penaja rasmi SNFL 2019 yang julung kalinya diadakan ini, malah dijangkakan akan berlangsung selama dua bulan melibatkan 31 perlawanan dan bakal menawarkan hadiah bernilai RM10,000 buat pemenang.

Antara pasukan yang dijangka bakal memberikan tentangan sengit dalam kejohanan 9 minggu ini adalah kelab-kelab yang beraksi di Liga Melaka antaranya juara musim 2019, Bertam Ulu FC, Tampoi FC, Perma FC, UTeM, Duyong Fighters dan juga PSP FC.

Selain itu, kelab yang turut terlibat dalam memeriahkan kejohanan ini adalah PBB FC, Didad FC, Pekala FC, Siantan United FC, Rizq FC, Batang Tiga FC, Panglima FC, Penjara Melaka FC, Serkam United FC dan FC Bachanglona dengan tirai kejohanan bakal disingkap oleh perlawanan antara UTeM menentang PBB FC, malam ini.

SNFL 2019 MW1
FOTO: Haidzir Hashim

Menariknya, menurut maklumat yang diterima setiap kelab yang bertanding dibenarkan menggunakan khidmat pemain daripada liga profesional termasuk pemain Liga Super, Liga Premier, Liga M3, Piala Belia, Piala Presiden dan pemain import antarabangsa.

Oleh itu, warga Melaka dijemput bagi memeriahkan kejohanan ini yang akan berlangsung sehingga 21 Disember depan. Dengan kehangatan Piala Malaysia sudah kian tidak terasa di bumi Hang Tuah, hiasilah hujung minggu anda dengan hidangan aksi menarik daripada antara kelab-kelab terbaik dari Melaka ini.

Jika tidak berkesempatan, Semuanya BOLA bakal membawakan kepada anda segala rangkuman berita daripada Saturday Night Football League 2019 bermula pada minggu ini. Nantikan!

Kredit Featured Image: Norfazlinda Alimad

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN