Satu Perkongsian Yang Buat Penyokong Sri Pahang Boleh Pasang Impian Besar

Penglibatan Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah iaitu putera kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sri Pahang FC sememangnya sudah diketahui umum.

Tengku Muhammad Iskandar merupakan Tengku Arif Bendahara Pahang dan merupakan adik kepada pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Arif Bendahara dan Sri Pahang FC

Pada April lalu misalnya, Tengku Arif Bendahara pernah dilihat turun padang untuk memberikan tiupan semangat kepada para pemain ketika sesi latihan.

“Sudah, saya tidak mahu dengar alasan lagi, I want you all Seto work as hard as you can sampai habis musim ini, berapa bulan saja lagi, awak boleh rehat lepas bulan 11 [saingan musim 2021 dijangka berakhir], empat bulan berehat.

“Tetapi sekarang harus kerja keras, kecergasan kena dipertingkatkan balik dan (gaya) pemikiran kena tukar,” kata Tengku Muhammad Iskandar dalam video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi miliknya, tabtms.

https://www.instagram.com/p/CNu_mGJH9sC/?utm_source=ig_web_copy_link

Tengku Arif Bendahara turut memuat naik gambarnya bersama pasukan dengan kapsyen, “New Era“, memberi petanda akan berlaku perubahan kepada skuad itu.

Malah perjumpaan Tengku Arif Bendahara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada Ogos lalu turut menarik perhatian ramai penyokong skuad Tok Gajah yang yakin baginda bakal mengendalikan pasukan itu, berkemungkinan sebagai pemilik baharu Sri Pahang FC pada masa akan datang.

Projek baharu di Sri Pahang?

Sekiranya benar Tengku Arif Bendahara bakal mengambil alih Sri Pahang FC dari bapa saudaranya, YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden Sri Pahang FC pada hari ini, sudah tentu kita akan menjangkanan baginda tiba dengan projek baharu untuk menaikkan martabat bola sepak negeri Pahang.

Terbaru, perkongsian di laman Instagram salah seorang pemain kacukan Malaysia yang berpengkalan di luar negara telah menarik perhatian.

IG Story Kobe Jae Chong

Tengku Arif Bendahara didapati melakukan lawatan dan berjumpa dengan pemain kacukan Jamaica-Malaysia, Kobe Jae Chong sebelum pemain itu melakukan debut bersama pasukan barunya, Peterborough FC B-23 pada hujung minggu lalu.

Turut diserahkan kepada Kobe Jae Chong oleh Tengku Arif Bendahara ialah jersi Harimau Malaya yang tertera nama pemain itu.

Tengku Arif Bendahara turut memuat naik jersi Kobe Jae Chong bersama Peteborough yang ditandatangani pemain itu. Adakah ini bermakna Tengku Arif Bendahara cuba memancing Kobe Jae Chong untuk menyertai Sri Pahang FC pada musim hadapan?

Sukar untuk tidak membayangkan Tengku Arif Bendahara tidak menawarkan Kobe untuk beraksi bersama Sri Pahang FC pada masa akan datang.

Prospek Harimau Malaya

Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pemain kacukan berdarah Malaysia yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Pemain berusia 20 tahun itu yang pernah bersama Cagliari di Itali sebelum ini sebelum disambar Peterborough. Kobe adalah pemain tengah yang boleh mara ke hadapan dan menghasilkan jaringan, dan dilihat memiliki potensi untuk beraksi di liga utama di eropah dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Buat masa ini masa depan pemain itu dilihat akan terus berada di England. Tetapi siapa tahu dan boleh meramal masa hadapan.

Siapa tahu suatu hari nanti Kobe bersedia untuk beraksi di Liga Malaysia, dan Sri Pahang FC mungkin akan menjadi pasukan pertama pilihan beliau.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN