Satu Pelan Pioli Buat Ibrahimovic Selepas Jaringkan 6 Gol Dalam 3 Perlawanan Liga

Pioli Ibrahimovic

Pengurus AC Milan, Stefano Pioli jelas gembira dan memuji sumbangan hebat dipamerkan penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic dalam merintis permulaan cemerlang kelab tersebut pada musim 2020/21.

Ibrahimovic berjaya menjaringkan enam gol selepas hanya beraksi pada tiga perlawanan Serie A musim ini yang mana beliau meledakkan masing-masing dua jaringan pada aksi menentang Bologna, Inter Milan dan AS Roma.

Perkembangan terkini itu juga menyaksikan beliau kini sedang memimpin carta penjaring terbanyak, berkelebihan satu gol berbanding tiga pesaing terdekatnya, Andrea Belotti, Francesco Caputo dan Romelu Lukaku.

Di sebalik ketajamannya di hadapan gol dan dilihat memiliki kecergasan yang cukup baik, Pioli tanpa berselindung mengakui pemain berusia 39 tahun itu masih perlu untuk berehat dalam menghadapi jadual padat kerana AC Milan turut terlibat dengan kempen Liga Europa.

”Bukan mudah untuk menjaringkan banyak gol pada permulaan musim, dia mengejutkan saya dengan keadaan fizikalnya yang cukup baik. Juga kerana dia telah membuat persiapan khusus [menghadapi musim baharu].”

”Tetapi sesekali dia perlu juga untuk mendapatkan rehat,” ujar Pioli menurut laporan Goal.

Ibrahimovic yang menyertai AC Milan pada jendela perpindahan Januari musim lalu memberikan impak pantas apabila beliau menghasilkan 10 jaringan pada 18 penampilannya dalam saingan Serie A musim lalu.

Pencapaian itu juga telah menjadikannya sebagai pemain tertua dalam sejarah Serie A yang berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol dalam satu musim.

Dengan aksi liga yang baharu sahaja memasuki perlawanan keenam pada hujung minggu ini dan beliau sudah meledakkan enam jaringan, tidak mustahil lebih banyak rekod dapat dicatatkan penyerang ‘sombong’ kelahiran Malmo, Sweden itu.

Kredit f

eatured image: Sportinfoto/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Zlatan Ibrahimovic:

 

Didapati Negatif, Covid-19 Gagal Tewaskan Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic: Saya Mahu Letak AC Milan Di Tempat Sepatutnya

Serie A ‘Hidup Semula’ Kerana Zlatan Ibrahimovic, Bukan Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN