Pada sidang media pra perlawanan lalu, Mora ada mengatakan Ulsan Hyundai adalah sebuah pasukan yang sangat baik terutama sekali dari segi fizikal.
Namun apa yang berlaku setelah itu? Johor Darul Takzim mampu membenam cabaran gergasi dari Korea Selatan tersebut dengan dua jaringan terhasil serta tidak mengamalkan gaya permainan ‘parking bus’.
Kejayaan itu kini meletakkan JDT berada di kedudukan pertama peringkat Kumpulan I bagi saingan ACL 2022 dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan.
JDT's 2-1 win over Ulsan Hyundai in the AFC Champions League groupstage gained Malaysia another three points in the AFC Club Competition Ranking. The win moved Malaysia up one place to 15th in the continent. Malaysia were at No.21 before JDT's two recent wins.
[1/5] pic.twitter.com/fxzOHhksWj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 19, 2022
Untuk malam ini, pastinya satu lagi perlawanan sengit bakal terhasil di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam misi JDT untuk mengekalkan rekod terbaik mereka setakat ini dalam saingan tersebut.
Berdepan Kawasaki Frontale, skuad kendalian Benjamin Mora ini pastinya tidak akan mendapat laluan yang mudah setelah kelab yang berpangkalan dari Jepun itu juga setakat ini tidak merekodkan sebarang kekalahan sepanjang dua aksi diharungi.
Tegas Mora, dari segi struktur permainan nyata Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale tidak begitu berbeza ketika melihat pada aksi pertemuan kedua pasukan tersebut dalam aksi pembukaan Kumpulan I lalu.
“Ini satu lagi aksi sukar buat JDT kerana Kawasaki Frontale alah satu pasukan gergasi Asia yang dibarisi tiga rangkaian import dari Brazil iaitu Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt.
“Oleh itu, JDT perlu memberi aksi terbaik sebaik minit pertama seperti dilakukan pada perlawanan sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, di sini menerusi Harian Metro.
Jelas Mora lagi, beliau juga akan membuat keputusan secepat mungkin mengenai bayangan kesebelasan utama setelah mendapat maklum balas dari segi aspek kecergasan para pemain dalam usaha beliau untuk menyekat kemaraan pasukan lawan.
PRESS CONFERENCE | KAWASAKI FRONTALE VS JDT
For more: https://t.co/tA8D1Ir1dk#KWFvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/jea7OYBYr6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 20, 2022
Menurut pengendali berasal dari Mexico itu, beliau mengesahkan Haziq Nadzli tidak akan beraksi pada perlawanan malam ini setelah mengalami kecederaan di bahagian bahu akibat perlanggaran penjaga gol itu bersama penyerang Ulsan Hyundai pada perlawanan lalu.
Mora juga masih berkira-kira sama ada Farizal Marlias atau Izham Tarmizi bakal diturunkan selaku penjaga gol utama pasukan bagi menjaga benteng akhir JDT pada perlawanan malam ini.
Dalam masa sama, Matthew Davies selaku pertahanan kental Harimau Selatan itu turut mengharapkan agar rakan pemain yang lain mampu mengekalkan momentum kemenangan mereka setakat ini dengan memberi reaksi positif ketika bertemu pasukan pendahulu J-League tersebut.
Final touches ✨
Get your tickets now! — https://t.co/FKWVaJJzrd
More photos at https://t.co/a0fcwgJ03B#KWFvJDT#TrainingSession#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/poZHHOTRzh
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 20, 2022
Davies dengan jujur mengakui kekuatan pasukan lawan dan berharap mereka mampu untuk melakar kejayaan bertemu skuad kendalian Toru Oniki untuk mencuri mata berharga sekali gus mencerahkan peluang JDT untuk mara ke peringkat seterusnya.
“Kami di sini bukanlah sekadar pelengkap jadual sebaliknya untuk bersaing dengan pasukan terbaik Asia dan bukan hanya sekadar bermain bertahan sahaja. Kawasaki Frontale pasukan dinamik dan lincah di bahagian serangan, jadi kami perlu menyaingi kekuatan mereka. Pastinya berdepan tugas sukar mengekang kemaraan trio Brazil pasukan itu,” Davies
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!