Satianathan Terus Kecam Teong Kim, Suruh Hasilkan Thomas Muller Versi Malaysia

B. Satianathan Lim Teong Kim

Nampak gaya, bekas jurulatih kebangsaan B. Satianathan masih lagi ‘berbulu’ dengan Lim Teong Kim.

Baru-baru ini, Satianathan telah membidas Teong Kim sekali lagi kerana gagal untuk menghasilkan pemain berkelas dunia.

Beliau menggunakan Thomas Muller sebagai rujukan kerana pemain itu pernah dilatih Teong Kim semasa remaja.

Menurut laporan La Bola Malaya, Satianathan mempersoal kenapa Teong Kim tidak menggunakan pengaruh besarnya untuk membawa graduan-graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ke Jerman.

“Jika Teong Kim ni kata budak-budak NFDP bagus sangat, kenapa tak dibawa ke Jerman?”

“Mereka tu tak cukup bagus ke nak main divisyen dua atau divisyen tiga di sana. Teong Kim kan sangat terkenal di Jerman, ada pengaruh besar dan nama besar. Takkan tak ada ‘kabel’?”

“Saya cabar Teong Kim bawa budak-budak AMD ke Jerman gunakan ‘kabel’ yang dia ada.”

“Dia kan terkenal sebab hasilkan Thomas Muller, jadi gilaplah Muller versi Malaysia.”

Tak cukup bagus

Melihat kepada realiti yang ramai graduan AMD bermain dengan pasukan Liga Malaysia terutamanya pasukan pembangunan membuatkan Satianathan berasa produk NFDP tidaklah sebagus mana.

Di mata beliau, setakat beraksi untuk pasukan seperti JDT II, Selangor II dan Terengganu II bukanlah satu pencapaian yang baik.

“Setakat lepas habis program mereka diborong oleh Selangor II, JDT II bagi saya tak ada apa. Luqman Hakim main di Belgium pun sebab Vincent Tan tolong.”

Satianathan kemudiannya membandingkan pencapaiannya dengan Teong Kim semasa mengendalikan skuad remaja negara.

Menurut beliau, pemain-pemain ketika eranya lebih berjaya kerana ada yang pernah bermain di luar negara seperti Akmal Rizal (Perancis) dan Fadzli Saari (Jerman).

Beliau menegaskan walaupun jurulatih di Malaysia mempunyai ‘lesen kejurulatihan kampung’ tetapi mereka bukannya bodoh.

“Teong Kim adalah jurulatih bertauliah dari Jerman, paling bijak. Kita ni lesen kampung tapi kami ni bukanlah bodoh.”

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda