Satiananthan Tidak Risau Dengan Ketiadaan Rufino Segovia

MFL
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Minggu lepas, penyerang import Selangor, Rufino Segovia terpaksa disisihkan selama empat bulan akibat kecederaan yang dialami pemain itu dalam perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur.

Rufino terpaksa dikeluarkan oleh B. Sathianathan pada minit ke-28 ketika Selangor sedang berusaha untuk memburu gol penyamaan setelah ketinggalan oleh jaringan awal Syafwan Sahlan seawal minit ke-5 perlawanan.

Rufino dipercayai mengalami kecederaan di sebelah kaki kiri, namun tiada butiran lanjut mengenai kecederaan didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pengendali skuad Selangor, B. Satiananthan bagaimanapun tidak begitu risau dengan ketiadaan pemain dari Sepanyol itu yang sudah pun menghasilkan tiga gol dari enam perlawanan yang dilalui.

Malah, menerusi kenyataan dalam Stadium Astro, Satiananthan tidak merancang untuk mencari pengganti pada jendela perpindahan kedua bulan Mei nanti sebaliknya akan mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah atau Sandro Da Silva.

“Saya tidak risau kerana tahu Amri boleh menggalas peranan itu bersama pemain lain. Kalau kami tiada penyerang, kami akan gunakan pemain tengah atau sayap untuk mendapatkan gol. Jangan terlampau bergantung kepada Segovia,” katanya.

Amri Yahyah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor ke atas Kuala Lumpur. FOTO: FAS

Sementara itu, Selangor tekad buru kemenangan kedua apabila bakal berkunjung ke Kuala Terengganu apabila saingan Liga Super kembali bersambung pada 29 Mac inil.  Namun, Satiananthan sedar ia bukan tugas mudah memandangkan Terengganu FC dikendalikan oleh jurulatih pengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

“Tidak mudah untuk mendapatkan tiga mata, namun kami akan mencuba untuk mencapai misi itu kerana telah menundukkan Kuala Lumpur. Diharapkan kemenangan itu membantu keyakinan dan semangat pemain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN