Satiananthan Tak Pernah Setuju Terima Gaji Secara Ansuran Daripada Sarawak United

B Satiananthan Sarawak United
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Suatu pendedahan baharu mengenai isu masalah pembayaran gaji telah dikeluarkan sebentar tadi menerusi Facebook Persatuan Jurulatih Bolasepak MY dengan sekali lagi membabitkan Sarawak United.

Seperti diketahui, Sarawak United merupakan antara pasukan yang mempunyai masalah gaji sejak beberapa bulan ini dengan melibatkan barisan pemain serta kejurulatihan.

Kali ini, bekas jurulatih Sarawak United iaitu B. Satiananthan turut mengeluarkan kenyataan mengenai dirinya turut terpalit dengan isu gaji daripada pasukan tersebut.

Menurut Satiananthan, beliau telah menafikan kelab tersebut telah menyelesaikan segala tunggakan seperti yang dinyatakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 21 September lalu.

Mengikut kenyataan dikeluarkan MFL sebelum ini, Sarawak United dikatakan telah menyelesaikan segala pembayaran kepada pemain sehingga Ogos 2022 dan pegawai pasukan sehingga Julai 2022.

“Saya dengan ini menafikan bahawa SUFC telahpun berjaya menyelesaikan kesemua bayaran sepertimana yang dinyatakan di dalam hebahan media tersebut,” jelas Satia dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Persatuan Jurulatih Bolasepak MY.

Jelas jurulatih berpengalaman itu, tuntutan telah dilakukan terhadap Sarawak United mengenai hal tunggakan pembayaran melibatkan kekurangan bayaran gaji bagi tahun 2021, tunggakan bayaran gaji bulan Februari 2022 sehingga Jun 2022 (5 bulan) dan kekurangan bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tambah Satia, sebelum itu semua pun mengetahui dirinya dan Sarawak United telah berpisah menerusi penamatan kontrak atas persetujuan bersama kelab itu pada 12 Jun 2022 atas faktor kesihatan.

“Semasa mendapatkan rawatan kesihatan, saya mendapat tahu bahawa tiada sebarang polisi insuran yang dicarumkan atas nama saya sehingga menyebabkan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menampung pembayaran kos rawatan di hospital.

“Kos ratusan ribu terpaksa ditanggung saya sendirian. Pada masa yang sama, Sarawak United tidak memberikan sebarang maklum balas atas tuntutan saya.

“Sehingga saya terpaksa melantik peguam untuk meneruskan tindakan perundangan terhadap Sarawak United sebagai langkah akhir untuk menegakkan hak saya sepertimana yang telah termaktub di dalam kontrak,” ujar beliau lagi.

Akhir sekali, Satia juga menggesa agar MFL MFL membuat satu siasatan lanjut secara lebih terperinci kepada Sarawak United, kerana gagal untuk memberikan fakta-fakta sebenar berkaitan dengan keberhutangan kelab tersebut kepada MFL.

“Saya tidak pernah menandatangani mana-mana surat persetujuan untuk menerima pembayaran secara ansuran dan sehingga kini tuntutan saya masih belum dijelaskan secara penuh oleh Sarawak United,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN