Satiananthan Puji Semangat Juang Pemain Selangor Yang Tidak Mudah Putus Asa

Skuad Selangor berjaya mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas membenam cabaran Melaka United 4-3 di Stadium Hang Jebat dalam perlawanan yang cukup dramatik malam tadi.

Pengendali pasukan itu, B. Satiananthan menarik nafas lega apabila anak buahnya berjaya bangkit daripada ketinggalan 3-2 melalui dua jaringan Sean Selvaraj pada minit-minit akhir perlawanan.

Kemenangan itu memastikan Selangor kini berada di tangga keempat Liga Super dengan mengumpul 12 mata dan mula memasang impian untuk memburu kedudukan tiga teratas.

“Aksi malam ini (semalam) sangat mendebarkan dan untuk seorang jurulatih sememangnya boleh membuatkan saya ‘sakit jantung.

“Sebaliknya babak kedua kita lihat benteng pertahanan sedikit kucar-kacir apabila Melaka (United) ubah sedikit rentak permainan mereka terutamanya Safiq Rahim dan Darko Markovic sehingga mereka dapat menjaringkan tiga gol,” katanya dalam Sinar Harian.

Satia turut memuji pemain senior skuad itu, Amri Yahya yang menjadi watak penting apabila menyumbangkan dua gol pada perlawanan itu.

Katanya, Amri bukan sahaja mempamerkan aksi cemerlang bahkan berjaya melaksanakan perancangan pasukan dengan baik.

“Secara keseluruhannya saya tahu pemain saya dan kemenangan ini bukan disebabkan nasib tetapi pemain telah bekerja keras dalam mencari jaringan dengan empat gol tetapi kita perlu realiti kerana kita turut dinolosi dengan tiga gol.

“Itu yang membuatkan saya sedikit kecewa kerana dalam dua perlawanan sebelum ini kita berjaya mengekalkan gawang gol daripada di bolosi.

“Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pemain yang tidak mudah berputus asa dengan memberikan komitmen 100 peratus mereka dan kemenangan ini sebagai balasannya,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN