Satiananthan Puji Semangat Juang Pemain Selangor Ikat Skuad Tok Gajah

Meskipun hanya satu mata dibawa pulang dari Kuantan setelah mengikat juara Piala FA 2018, Pahang dengan 1-1 namun pengendali Selangor, B. Satiananthan tetap berpuas hati dan memuji semangat juang anak buahnya yang bangkit menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.

Bercakap dalam Berita Harian, beliau menyifatkan Selangor mempamerkan persembahan yang lebih baik daripada perlawanan yang sebelumnya dan berjaya mengawal tekanan di atas padang.

“Saya puas hati dan terima kasih kepada pemain kerana pasukan ini beraksi dalam tekanan selepas mengharungi tiga perlawanan.

“Walaupun tertekan, mereka berjaya menanganinya untuk memberikan yang terbaik sejurus memulakan perlawanan dengan Pahang yang diakui sebuah pasukan yang bagus.

“Bagi saya, satu mata yang diraih ini begitu bermakna dengan persembahan yang dipamerkan sepanjang perlawanan biarpun mempunyai banyak peluang menjaringkan gol,” katanya.

Jaringan daripada Rufino Segorvia memastikan Selangor tidak tewas di Stadium Darul Makmur. FOTO: FA Selangor

Selepas menentang Pahang, tugas berat sedang menanti skuad Gergasi Merah apabila dijadualkan bertemu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Shah Alam pada hari Jumaat ini.

Selepas 4 perlawanan Liga Super, Selangor masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan kemunculan pemain import baharu yang beraksi dengan Kedah musim lepas iaitu Sandro Mendonca bakal memberikan kekuatan tambahan kepada jentera tengah.

“Oleh itu, saya harap pemain dapat meningkatkan prestasi mereka kerana JDT sudah pasti mahu meneruskan rentak cemerlang mereka,” katanya.

Dalam perlawanan ahad lalu, Pahang bermain dengan 10 orang setelah pemain pertahanan import, Herald Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-72. Bekas pemain Blackburn Rovers itu dipersalahkan kerana mengasari Endrick di luar kotak penalti Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN