Quantcast

BERITA

Satiananthan Mohon Maaf Kepada Penyokong Selangor

Selepas menewaskan PKNP FC, 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam semalam, para pemain Selangor dilihat enggan meraikan kemenangan bersama penyokong mereka dan terus menuju ke bilik persalinan.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengendali Selangor, B.Satiananthan mewakili anak buahnya memohon maaf kepada para penyokong gergasi merah kerana mereka bukan sengaja melakukan tindakan itu.

Terima kasih kepada kesemua penyokong Red Giants yang hadir ke perlawanan menentang PKNP FC semalam.Tidak kami lupa…

Posted by FA Selangor on Sunday, April 21, 2019

“Saya ada tanya mereka (pemain) kenapa mereka tidak mahu pergi ke tempat duduk ultras Selangor (penyokong) selepas tamat perlawanan dan mereka kata terlalu letih bermain di atas padang yang basah dan tekanan yang diberikan, saya selaku sebahagian daripada pasukan Selangor memohon maaf pada peminat yang hadir.

“Lagi satu ada peraturan yang ditetapkan oleh FAM yang perlu saya ikut iaitu selepas tamat perlawanan sekiranya ada pihak yang mahu saya memberi ulasan, saya kena ikut jika tidak saya akan didenda. Jadi saya mohon maaf kepada peminat dalam hal ini,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia. 

Ultras Selangor melakukan ‘Guard of Honour’ semasa ketibaan pemain semalam. FOTO: FA Selangor

Satiananthan turut memuji prestasi pemainnya yang berusaha mencapai kemenangan walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama yang dilanda kecederaan.

“Kita tiada pasukan utama yang tetap jadi pada perlawanan ini, saya menggunakan pemain simpanan tetapi mereka menunjukkan persefahaman yang baik dan saya juga memberitahu kepada mereka untuk melupakan kekalahan kepada Felda United tempoh hari, tumpu pada PKNS FC dan ini keputusan yang kita dapat,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, jaringan Sandro Da Silva dan Syahmi Safari memastikan Selangor kini melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas mengutip 16 mata selepas 10 perlawanan.

Mereka kini menumpukan perhatian dalam saingan Liga Super setelah tersingkir di pusingan ketiga Shopee Piala FA minggu lepas.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!