Satiananthan: Malapetaka Ambil Pemain Amatur Main Liga-M

Satiananthan

Bekas pengendali Selangor, B. Satiananthan berpendapat pasukan Rakyat United yang dikatakan berminat untuk menggantikan Felda United dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) perlu untuk membuat persiapan rapi jika tidak mahu malapetaka melanda kelab tersebut.

Satiananthan yang juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) tanpa berselindung meragui kemampuan Rakyat United sekiranya mereka hanya bersandarkan kepada pemain amatur dalam membawa cabaran terutamanya untuk bersaing dengan pasukan dan pemain-pemain berpengalaman.

Menurut sumber Sinar Harian, antara aspek utama yang bermain di minda Satiananthan ialah faktor kekurangan pengalaman pemain amatur untuk beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara.

Hakikat itu disifatkannya mampu menjadi permasalahan besar buat pasukan tersebut dan dalam masa sama beliau turut mengharapkan agar pihak terlibat mendapatkan pendapat atau pandangan daripada individu yang lebih berpengalaman dalam kancah bola sepak negara.

”Saya tidak nampak keupayaan pasukan tersebut jika mereka memberi peluang kepada pemain yang tidak pernah bermain dalam kancah profesional. Kalau mereka tetap bersaing menggunakan pemain amatur, itu malapetaka bagi mereka.”

”Apabila dapat pemain yang dibayar gaji dengan murah dan mungkin tak ada pengalaman, mereka akan gagal bersaing sehingga berada dalam kelompok pasukan tercorot.”

”Sudah semestinya mereka tidak mahu perkara itu berlaku dalam tahun pertama pada saingan Liga-M. Malah, mana ada pengurusan yang mahukan pasukan mereka tercorot dan asyik kalah.”

”Semua ini kena buat perancangan yang lebih rapi. Jangan main cakap saja dan mereka perlu tanya orang yang dah lama terlibat dalam bola sepak untuk mendapatkan pandangan,” ujar Satiananthan bercakap kepada wartawan Sinar Harian.

Selain menyatakan hasrat untuk menggantikan Felda United, Rakyat United juga kelihatan semakin giat dalam mempersiapkan pasukan dengan mencari pemain baharu bagi saingan Liga Super atau Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia seperti yang dapat disaksikan di media sosial kelab tersebut.

Bagaimanapun laporan sebelum ini menyebut bahawa kewujudan Rakyat United masih belum sah berikutan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penubuhan kelab ini.

Kredit featured image: FA Selangor

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Yang Di Malaysia, Tolonglah Jangan Malukan Luqman & Safawi

MB Kedah Buat ‘U-Turn’, Tak Jadi Letak Jawatan Presiden KFA

TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN