Satiananthan Mahu FELDA United Langsaikan Tunggakan Gaji Dengan Segera

Media tempatan semalam melaporkan juara Liga Premier 2018, FELDA United mempunyai tunggakan gaji selama 3 bulan membabitkan pegawai dan pemain skuad itu.

Lebih menyedihkan, bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain dan pegawai juga tidak dilunaskan pengurusan ‘The Fighters’ selama lima bulan, bermula Julai lalu.

Bekas jurulatih FELDA United yang kini merupakan jurulatih Selangor, B. Satiananthan mengakui kecewa dengan isu tunggakan gaji tersebut kerana pihak pengurusan masih tidak mengadakan perbincangan dengan mereka.

Beliau berkata demikian dalam Berita Harian sambil mengkritik tindakan pengurusan pasukan itu yang lebih sibuk membuat persiapan untuk musim depan berbanding melangsaikan hutang yang masih tertunggak.

“Mereka tidak datang bertemu kami untuk menjelaskan situasi sebenar dan apa yang menyebabkan ia berlaku, jadi perkara ini tidak dapat diselesaikan.

“Apa yang dikesalkan, masalah tunggakan gaji ini belum lagi selesai tetapi pengurusan sudah sibuk hendak mempersiap pasukan untuk bersaing dalam Liga Super musim hadapan.

“Sampai sekarang saya masih menunggu pengurusan FELDA United memanggil saya untuk bertemu tetapi batang hidung mereka pun saya tidak nampak,” kata Sathianathan.

FELDA United layak ke Liga Super 2019 selepas muncul sebagai juara liga Premier 2018.

Sathianathan yang bakal mengendalikan Selangor bermula musim hadapan menegaskan bukan hanya memikirkan mengenai dirinya namun turut memperjuang hak bekas pemainnya yang tidak lagi bersama pasukan terbabit.

“Peman tanya saya mengenai pembayaran gaji mereka, saya tak tahu apa nak jawab. Saya kecewa dengan apa yang dilakukan terhadap kami.

“Cuba bayangkan ada pemain yang tidak mempunyai kelab musim hadapan serta tak mempunyai wang kerana tunggakan gaji tiga bulan itu.

“Saya perlu mengaku perkara ini memang terjadi, jadi pihak pengurusan FELDA United perlu bertanggungjawab dan bukannya berdiam diri,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN