Satiananthan Harap Ong Kim Swee Dikekalkan Sebagai Jurulatih Skuad Malaysia B-23

Satiananthan

Meskipun pengendali skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee gagal mencapai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu mara ke pusingan akhir AFC B-23 di Thailand, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan berharap khidmat beliau dikekalkan.

Bercakap dalam Berita Harian, Satiananthan melihat Kim Swee masih releven setelah berjaya mencapai beberapa kejayaan manis dengan skuad Harimau Muda termasuk menewaskan pasukan gergasi seperti Korea Selatan dalam saingan Sukan Asia tahun lalu.

Malah, kejayaan Malaysia mengikat China 2-2 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan J, Selasa lalu juga membuktikan Kim Swee setanding dengan Guus Hiddink yang jelas jauh berpengalaman di peringkat antarabangsa.

“Walaupun pengalaman Hiddink yang pernah bimbing Chelsea, berada di Piala Dunia dan sebagainya, tapi tak kurang hebatnya Kim Swee. Ia bukti jurulatih tempatan pun boleh bersaing,” kata Sathia.

“Memang dia (Kim Swee) orang yang paling layak buat masa ini untuk mengendalikan pasukan muda kita. Malah dia seharusnya diberi tugas lebih besar iaitu melihat bakat pemain B-16, B-17 dan B-18.

“Dia boleh jadi macam pencari bakat dengan menilai prestasi dan memilih pemain muda yang sekali gus boleh membantu skuad kebangsaan pada masa akan datang.” katanya.

FOTO: FAM

Mengulas mengenai kegagalan Malaysia layak ke pusingan akhir AFC B-23 sekaligus meleburkan impian untuk melihat Malaysia beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Satiananthan berpendapat penyudah yang tumpul menjadi punca utama.

“Bukan 10 peluang untuk menjaringkan satu gol, tapi 10 peluang perlu sumbat empat atau lima gol, itu baru seorang penyerang yang bagus. Tapi bukan senang nak dapatkan pemain seperti itu.

“Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh Abdul Razak sudah memainkan peranan penting, tapi mereka perlu tingkatkan lagi kemahiran bila di depan gol.

“Mengenai pergerakan, menggelecek dan kawalan bola, semua ada, tapi penyudah depan gol itu yang kita kena tingkatkan atau melatih seorang penyerang yang benar-benar berbahaya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN