Satiananthan Akui Kecewa Dengan Kelakuan Buruk Farizal Harun

Kelmarin tular di media sosial tentang rakaman video yang memperlihatkan tindakan penjaga gol pasukan Selangor, Farizal Harun melakukan ‘tumbukan curi’ ke atas pemain tengah PKNP FC, Mohamad Al-Fateh dalam perlawanan Liga Super pada hari sabtu lepas.

Situasi itu menyebabkan bekas penjaga gol FELDA United itu bakal dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan berpeluang dikenakan hukuman berat jika didapati bersalah.

Mengulas mengenai insiden tersebut, jurulatih Selangor, B. Satiananthan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap pemain itu.

“Saya akan berbincang dengan pengurus dan pembantu pengurus pasukan, Datuk Rauf Ahmad dan Nazzab Hidzan, untuk membuat keputusan yang sewajarnya ke atas Farizal.

“Ia satu tindakan yang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemain profesional.

“Saya dah berjumpa dengannya dan dia mengaku bertanggungjawab tetapi tindakannya pada masa itu tidak mencerminkan semangat kesukanan,” katanya dalam Stadium Astro

Aksi Farizal Harun ketika menentang PKNP FC. FOTO: FA Selangor

Sebelum ini, Farizal turut menimbulkan kontroversi apabila didapati bergaduh dengan penyokong Selangor yang kurang senang dengan aksinya di atas padang.

“Saya kecewa dengan tindakannya itu tetapi bukan aksinya di atas padang.

“Sebagai jurulatih, kami kurang senang dengan perbuatannya itu, termasuk terhadap penyokong sebelum ini, dan sebagai pemain, dia tidak patut berkelakukan seperti itu,” tambah Satiananthan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya akan meneliti laporan perlawanan terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang bentuk hukuman ke atas penjaga gol itu.

“Disebabkan cuti umum, jadi mungkin laporan berhubung perkara itu akan diterima esok. Kita akan melihat dan bertanya dahulu insiden ini kepada MC dan pengadil.

“Jika tindakan itu tidak dapat dilihat oleh pengadil dan MC, maka, kita akan gunakan video sebagai rujukan. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kesalahan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN