Semalam, media Bernama telah melaporkan keadaan terkini mengenai jurulatih berpengalaman Malaysia iaitu B. Satiananthan yang sudah kembali cergas selepas mengalami masalah kesihatan agak lama pada musim ini.
[Sukan] Sathianathan sudah pulih, sedia terajui pasukan https://t.co/IUsBCVBtXt pic.twitter.com/Aws0CUT5CV
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 30, 2022
Menurut jurulatih berpengalaman itu, beliau mengakui dirinya sudah pun kembali cergas untuk kembali menggalas tanggungjawab bagi menguruskan mana-mana kelab dalam saingan Liga Malaysia.
Tambah beliau, doktor yang merawatnya sendiri turut menjelaskan tahap kesihatan Satia kini berada pada tahap terbaik serta sudah pulih sepenuhnya menerusi laporan dikeluarkan.
“Saya sudah kembali normal dari segi kesihatan dan bersedia untuk melatih. Saya sudah menjalani rawatan terakhir dan selepas ini hanya perlu lakukan pemeriksaan susulan setiap tiga bulan.
“Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan peminat yang mendoakan saya serta doktor yang menjalankan tugas dengan sangat baik. Saya gembira dan terhutang budi dengan ramai orang terutama isteri dan anak-anak, yang sentiasa ada bersama saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum itu, beliau sempat melatih Sarawak United selama beberapa perlawanan sebelum berpisah atas persetujuan bersama kerana masalah kesihatan dialami Satia.
Kini, beliau sudah pun sedia untuk melatih kembali mana-mana pasukan dan Satia masih lagi dilihat relevan dalam saingan Liga-M pada musim hadapan.
Beberapa pasukan kini dilihat mungkin memerlukan khidmat jurulatih baharu pada musim hadapan dan ada kemungkinan Satia menyertai salah satu kelab tersebut.
Kedah Darul Aman (KDA)
Kontrak Aidil Sharin bersama KDA sudah pun terlerai lebih awal sebelum sempat saingan Piala Malaysia bermula beberapa minggu lalu.
Aidil yang membimbing KDA sejak 2019 telah pun membawa pelbagai kejayaan bersama pasukan itu sehingga kemuncaknya pada tahun ini.
LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING
🏆Juara Piala FA 2019
🥈Naib Juara Piala TM Malaysia 2019
🥈Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021
📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022
🎫Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke AFC pic.twitter.com/8dTA1ICKjv— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2022
Tampil dengan prestasi tidak konsisten pada musim ini menjadikan KDA tampil hambar dalam saingan domestik dan ini kelab itu memerlukan sentuhan jurulatih baharu.
Penang
Satu lagi pasukan yang berpangkalan di utara iaitu Penang turut tidak mempunyai ketua jurulatih ketika ini setelah mereka melepaskan Dato’ Zainal Abidin Hassan lebih awal.
Penang yang tampil dengan prestasi hambar musim ini, jelas tidak mempamerkan sebarang peningkatan biarpun Zainal mengendalikan skuad pada pertengahan musim untuk menggantikan Thomas Trucha.
OFFICIAL: Thank you Dato’ Zainal Abidin Hassan steps down as Penang FC coach.
(Graphic by @Penang_FC FB)#HariaPenangHaria #LigaSuper2022 pic.twitter.com/3t1z11hqSa— FC Penang (@FCPenang) October 12, 2022
Beberapa nama jurulatih baharu telah dikaitkan bersama Penang ketika ini, namun masih lagi belum ada sebarang pengesahan rasmi telah dibuat.
Kelantan
Pendatang baharu saingan Liga Super musim depan ini mungkin memerlukan khidmat pengendali baharu untuk terus membawa cabarang sengit bersama pasukan lain.
Menurut pemilik kelab iaitu Norizam Tukiman sebelum itu pernah menyatakan mengenai masa hadapan pengendali semasa, Rezal Zambery Yahya bersama Kelantan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh barisan pemain dan pegawai kejurulatihan pasukan Kelantan FC atas kejayaan manis merangkul naib juara dalam saingan Liga Premier Malaysia bagi musim 2022.#ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya pic.twitter.com/U3JUIinPzp
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) October 13, 2022
Jelas Norizam, beliau mempunyai pelan yang lebih kukuh untuk Rezal pada masa akan datang dan kekosongan mungkin ditinggalkan posisi itu untuk jurulatih baharu.
Kesimpulan
Walaupun begitu, Bernama turut mengesahkan ketika ini khidmat Satia sudah pun diintai beberapa kelab termasuk pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang.
Positif mengenai Satia, beliau telah membuktikan kewibawaan dirinya sebelum ini untuk mengendalikan pasukan-pasukan besar, serta sering berkembang taktikal dikendalikan menerusi peredaran masa.
Bersama Kelantan, ATM, dan Felda United, Satia telah pun memberi kejayaan buat pasukan tersebut serta meninggalkan suatu legasi yang akan menjadikan beliau sebagai salah seorang jurulatih tempatan terbaik di Malaysia.