Satianathan Laung Keyakinan Selangor Mampu Julang Piala Malaysia

B. Satiananthan

Menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D di antara Selangor dan Felda United pada hari Sabtu ini di Stadium Shah Alam, ketua jurulatih Selangor B. Satianathan optimis pasukan bimbingannya mampu menjulang Piala Malaysia buat kali ke-34.

Dalam temuramahnya bersama Stadium Astro, Satianathan menyatakan pemain-pemainnya yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tahun ini. “Daripada perlawanan pertama hingga perlawanan ke-22, saya boleh nampak perbezaan [yang positif]. Saya harap mereka akan teruskan momentum,” katanya lagi.

Felda United yang hampir pasti akan turun dengan status underdog, bagaimanapun tidak boleh dipandang remeh Selangor. Sepanjang musim 2019 setakat ini, Felda pernah menewas dan mengikat Selangor sekali dalam 3 pertemuan.

Kekalahan 1-2 Selangor kepada pasukan bimbingan Nidzam Jamil dalam saingan Shopee Piala FA 2019 pada April lepas pastinya diingati oleh pengurusan Selangor.

Penyokong Selangor yang kecewa lantas menyalahkan usaha pihak pengurusan yang disifatkan ‘terlalu fokus dengan promo’ berikutan penganjuran hari ‘Ladies Night’ di Stadium Shah Alam pada malam kekalahan tersebut.

Felda United baru sahaja selesai menyudahkan kempen Liga Super 2019 dengan ajaib apabila berjaya mengelak daripada tersingkir ke Liga Premier 2020 – meskipun menghabiskan 80% musim mereka di tangga kedua terbawah liga.

Pada perlawanan terakhir liga, Felda United berjaya membelasah juara Shopee Piala FA 2019, Kedah dengan jaringan 5-1 di halaman sendiri sekaligus berjaya mengelak daripada tersingkir ke Liga Premier 2020.

Pasukan Selangor bagaimanapun akan memulakan kempen Piala Malaysia dengan motivasi baru selepas baru sahaja merasmikan kemudahan pusat latihan dan pejabat baru di Padang SUK, Shah Alam pada minggu lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN