Sathianathan: “Lembu Pun Tak Lalu Dengan Padang Stadium Kelantan”

Pengendali pasukan Felda United yang juga bekas pengendali pasukan Kelantan, B. Sathianathan ternyata kecewa dengan kualiti padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Beliau meminta agar pihak bertanggungjawab terutama sekali pengurus padang (groundsman) untuk melaksanakan kerja mereka lebih baik. Dipetik daripada Stadium Astro, B. Sathianathan berkata:

“Tolonglah (baiki padang), saya ingat kalau anda bawa lembu ke sini pun susah. Kelantan adalah pasukan lebih kepada bertukar-tukar hantaran pendek tetapi kalau ada padang seperti ini susahlah nak main.”

“Sekarang, saya tahu kenapa Kelantan selalu sahaja kalah di sini.”

“Saya bukan apa, okeylah Felda United nombor empat tetapi sayanglah Kelantan, ada pemain bagus tetapi padang tidak sesuai dengan gaya permainan mereka.”

“Saya ingat dalam tempoh lima minggu ini, jika mereka baiki padang, Kelantan boleh bermain lebih cantik daripada apa yang ditunjukkan sekarang.”

“Dulu semasa saya bimbing Kelantan, saya ingat padang mereka antara yang terbaik dalam Malaysia tetapi sekarang ini, saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini.”

Pasukan Kelantan menjalani latihan di Kota Bahru.

Beliau juga merasakan, kecederaan pemain-pemain Kelantan termasuk Badhri Radzi adalah berpunca daripada permukaan padang yang teruk ini.

Felda United diikat oleh pasukan Kelantan di Kota Bharu. B. Sathianthan berpuas hati dengan komitmen anak-anak buah beliau meskipun keletihan dengan jadual yang padat.

Beliau juga optimis, pasukan Felda United akan mampu menamatkan saingan liga musim ini dalam kelompok 4 teratas.

Sumber

Stadium Astro – http://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/patut-kelantan-asyik-kalah-satia-bidas-kualiti-padang/52384

Bharian – http://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/309327/lembu-pun-tak-nak-padang-macam-ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN