Felda United akan menanti kunjungan Perak dalam perlawanan ini. Kedua-dua pasukan akan beraksi pertama kalinya di Liga Super dengan nakhoda baru.
Kedua-dua pasukan ada plot yang mengejutkan musim ini. Azmi Mohamed meletak jawatan mengejut. Kemudian PAFA menyingkirkan Weigang.
Perlawanan kali ini adalah pertemuan 2 jurulatih yang ada rekod yang baik dalam karier mereka di persada Liga Malaysia.
B. Sathianathan ada cv yang kuat dengan Kelantan dan juga ATM sebelum ini. Manakala Mehmet Durakovic berjaya membuka kunci misi ke-33 Piala Malaysia, Selangor.
Felda berada dalam krisis prestasi pada awal musim ini. Mereka hanya mengutip 4 mata daripada 5 perlawanan. Meletakkan mereka berada di tangga ke-2 tercorot.
Manakala Perak berada di tangga ke-3 selepas menang perlawanan ke atas JDT perlawanan lalu.
6 perlawanan terakhir mereka, 4 daripadanya dimenangi Felda United. 2 lagi dimenangi oleh pasukan Perak.
4 perlawanan terakhir pula kedua-dua pasukan adalah 50/50 dengan masing-masing menang 2 perlawanan.
Cabaran untuk Sathianathan dan Durakovic adalah untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini.
Kedua-dua jurulatih kurang seminggu bersama dengan anak-anak buah mereka. Karakter kedua-dua jurulatih agak berbeza.
B. Sathianthan lebih panas di tepi padang. Beliau sentiasa menunjukkan karakter bengis kepada sesiapa sahaja. Kepada pemain dan kepada pegawai perlawanan.
Manakala Mehmet pula lebih tenang. Cuba mencerna apa yang berlaku di dalam padang. Beliau mementingkan aspek bertahan.
Pada masa yang sama memanfaatkan segala peluang yang ada di dalam padang. Namun terlalu awal untuk bercerita apakah rupa taktikal yang akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan.
Ini adalah perlawanan yang penting untuk kedua-dua pasukan. Felda mahu keluar dari kelompok dasar liga. Perak pula mahu berada di kedudukan kelompok atasan liga.
Baca juga: Kedah vs Pulau Pinang: Ketepikan Isu Prestasi, Ini Adalah Derbi