Sathianathan Harap Felda United Kekal Bertanding Walaupun Tersingkir

Ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan masih menaruh harapan yang pasukannya akan kekal bersaing walaupun telah diturunkan pangkat ke Liga Premier musim hadapan.

Ini kerana, menurut jurulatih yang kini berusia 59 tahun itu, dia masih belum mendapat sebarang berita daripada pihak pengurusan mengenai status skuad bimbingannya itu.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

“Setakat ini, saya belum mendengar apa-apa lagi maklumat daripada pengurusan Felda United mengenai perkara ini, tapi saya harap pasukan ini akan terus beraksi walaupun dalam Liga Premier,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Saya akan terus membimbing Felda United. Memang sedih tapi apa yang boleh saya buat.

“Kami akan teruskan perjuangan dalam Liga Premier dan saya terima keputusan yang sudah diambil oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP),” tambahnya lagi.

Selain itu, Sathianathan turut menyatakan yang saingan Liga Super musim hadapan pasti akan hambar tanpa kehadiran skuad sekuat Felda United.

“Liga Super akan merindui kehadiran Felda United yang sentiasa memberikan saingan kepada pasukan lawan,” katanya kepada Astro Arena pula selain turut menyatakan dia tetap berbangga dengan pencapaian musim ini.

Felda United / Foto: Asiana.my

Felda United bangkit dalam saingan pusingan kedua Liga Super apabila melakar sembilan kemenangan seterusnya meraih kedudukan ke-3 Liga Super, walaupun bermula sedikit goyah di pusingan pertama.

“Bagi saya, tidak ada masalah membimbing pasukan di Liga Premier kerana saya pernah membimbing pasukan ATM sebelum ini hingga berjaya muncul juara liga dan mara ke final Piala Malaysia 2012.

“Sasaran kami adalah menjuarai Liga Premier dan memberikan tentangan sengit dalam saingan Piala Malaysia dan Piala FA,” tegasnya lagi.

Menurut Sathianathan, kini tugasnya adalah untuk memastikan motivasi pemain terus kekal berada di tahap yang terbaik kerana baginya diturunkan pangkat ke Liga Premier bukanlah penamat kepada segalanya.

Kelmarin, FMLLP telah mengumumkan status Felda United yang disingkirkan ke Liga Premier akibat kegagalan pengurusan pasukan melengkapkan dokumen membabitkan kewangan pasukan.

Disebabkan kegagalan tersebut, Felda United tidak memperoleh lesen untuk bertanding dalam Liga Super musim 2018. Walaupun telah mengemukakan rayuan, namun didapati dokumen tersebut masih tidak lengkap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN