Hampir satu minggu sahaja lagi cabaran Liga Malaysia 2018 bakal membuka tirai, Felda United sudah melaungkan keyakinan mereka untuk memberi saingan hebat dengan membawa misi mereka untuk layak ke saingan Liga Super musim depan.
Jurulatih Felda United, B.Sathianathan yang merupakan pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik 2017 melaungkan keyakinan bahawa pasukannya itu bakal memberi saingan hebat dalam saingan liga sekaligus merebut kembali tempat ke Liga Super 2019.
The Fighters secara rasminya telah berjaya mendatangkan tiga import b aharu mereka Gilberto Fortunato(Brazil), Thiago Aquino(Brazil) dan Ramsay(Filiphina).
Ketiga-tiga pemain ini pasti menjadi taruhan pasukan itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2018.
Dengan kehadiran 3 pemain import baharu ini pastinya mampu memantapkan skuad The Fighters kali ini. Felda United juga telah berjaya mendatangkan semula bekas pemainnya, Syamim Yahya dan Christie Jayaseelan yang sebelum ini beraski bersama pasukan Pahang.
Persiapan rapi
B. Sathianathan ketika ditemubual Kosmo memaklumkan bahawa pasukannya itu sedang membuat persiapan rapi agar tidak terggelam dalam kancah Liga Premier.
Mereka mahu merealisasikan pasukan itu untuk kembali ke saingan Liga Super musim depan. Sathianathan sebagai berkata:
“Pasukan kami telah berjaya membawa masuk tiga import baharu iaitu, Ramsay, Aquino, dan Gilberto. Dengan kehadiran Ramsay dan Gilberto, pastikan dapat membantu Thiago Augusto di bahagian serangan.”
“Manakala, Aquino pula akan berada di posisi pertahanan bersama-sama Syukor Adan bagi mengukuhkan kubu pertahanan”.
Tambahanya lagi, pasukannya juga telah berjaya membawa masuk semula Syamim Yahya dan Christie Jayaseelan yang sebelum ini beraski bersama pasukan Pahang. Selain itu, dua pemain dari PKNS iaitu, Khairul Azrin dan Azreen Zulkafali juga telah berjaya disambar The Fighters.
Walau bagaimanapun, Sathianathan juga tidak menafikan bahawa pasukannya juga harus berhati-hati dan tidak memandang rendah akan kemampuan pasukan lain pasukan lain juga memasang impian untuk ke Liga Super.
Felda United tersingkir ke saingan Liga Premier 2018 walaupun menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu, selepas pasukan itu gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM).