Piala Malaysia 2017: Sathia Yakin Felda United Akan Cipta Sejarah Mara Ke Perlawanan Akhir

Jurulatih Felda United, B. Sathianathan memberi amaran awal dengan menegaskan anak buahnya akan kembali bangkit dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darulaman Sabtu ini.

Mereka mahu mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah penubuhan kelab itu.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Felda ketinggalan 0-1 sebelum Hadin Azman meledak gol di saat akhir untuk mengikat juara bertahan, Kedah 1-1.

Pemain gantian itu menanduk masuk bola sepakan sudut minit ke-87 untuk memadamkan kelebihan Kedah yang mendahului permainan hasil sepakan penalti Sandro Mendonca di awal babak kedua.

Walaupun Kedah memperoleh kelebihan jaringan di tempat lawan, namun Sathia yakin anak buahnya mampu mengubah keputusan itu pada saingan separuh akhir kedua.

“Jika mereka boleh menjaringkan gol di sini (Stadium Tun Abdul Razak) pemain kami juga boleh melakukan perkara sama, tidak ada masalah dan saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Saya rasa ia keputusan yang adil, kedua pasukan bermain baik… cuma kami tidak mempunyai nasib untuk mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan, di sini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, dia akan melakukan perubahan taktikal drastik walaupun bakal berdepan tekanan hebat oleh pasukan tuan rumah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Gambar : Felda United FC

Sementara itu, pengendali skuad Helang Merah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff pula terpaksa memikirkan ‘Plan B’ selepas hilang dua tonggak utama – perancang tengah, Liridon Kransniqi dan kapten pasukan, Khairul Helmi Johari yang mengutip kad kuning di separuh akhir pertama.

“Mereka akan menjalani penggantungan dan tidak dapat beraksi di Darul Aman. Saya terpaksa memikirkan sesuatu daripada sudut formasi dan perancangan pasukan.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan skuad kami turut mempunyai pemain pertahanan berkaliber selain mempunyai kelebihan jaringan gol di tempat lawan yang menjadi bekalan untuk kami nanti,” katanya kepada berita harian. 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN