Sathia Cadang Para Jurulatih Singkir Pemain ‘Besar Kepala’

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan meminta para jurulatih tidak memberi muka kepada pemain yang ‘besar kepala’, sebaliknya terus menyingkirkan mereka demi kebaikan pasukan masing-masing.

Beliau bercakap kepada berita harian, menjelaskan tanggungjawab untuk mengubah atau menghukum pemain seperti ini adalah tugas jurulatih bukannya pengurusan pasukan.

“Langkah pertama yang boleh diambil jurulatih menegur pemain ini, tapi jika dia (pemain) masih lagi nak tunjukkan besar kepala, kita kena fikir untuk kebaikan pasukan dengan keluarkan dia.

“Kita mungkin juga perlu fikir sama ada dia benar-benar diperlukan dalam pasukan atau tidak. Tapi di Malaysia ini kita tengok tiada seorang pemain pun yang bertaraf bintang seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo atau Luis Suarez.

“Standard pemain kita lebih kurang sama saja dan jika pemain kita yang besar kepala ini setaraf dengan Messi, Ronaldo atau Suarez, mungkin kita boleh tutup sebelah mata.

“Tapi di Malaysia ini siapa (pemain mana) yang hebat sangat? Jadi ia terpulang kepada pendirian jurulatih,” katanya.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Sathianathan mengulas dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa ramai pemain senior di negara ini termasuk dalam skuad kebangsaan atau kelab, memiliki sikap ‘besar kepala’

Tunku Ismail melahirkan kebimbangan ‘virus’ yang dibawa pemain senior ini akan merebak kepada pemain muda selepas menyertai skuad utama nanti.

Sathianathan yang kini menggalas tugas sebagai jurulatih FELDA United FC turut mengingat semua pemain untuk mencontohi sikap legenda bola sepak negara termasuk Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang lebih gemar memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.

“Kita perlu sedar diri yang pemain di Malaysia ini tiada yang betul-betul bertaraf bintang.

“Masa saya mula bermain bersama Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Mokhtar Dahari dulu, walaupun nama mereka berada dalam senarai teratas, tapi saya tidak nampak mereka bersikap besar kepala.

“Malah, mereka tidak lokek ilmu, sebaliknya banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN