Terengganu kini boleh dikatakan berada dalam prestasi terbaik mereka untuk meraih kemenangan dalam saingan Liga Super 2022 sebelum membuat perhitungan di pentas final Piala FA musim ini bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Meskipun menyedari pasukan lawan mencatat kekalahan besar baru-baru ini di tangan JDT, kelab kendalin Nafuzi Zain ini pastinya tetap tidak mengambil mudah untuk memastikan momentum mereka tidak terjejas.
Untuk itu, Nafuzi menuntut anak-anak buahnya supaya dapat memberi fokus penuh pada perlawanan seterusnya untuk menghadapi cabaran pasukan kendalian Asri Ninggal di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
🏴🏳️ PERLAWANAN SETERUSNYA #LIGASUPER2022 : TERENGGANU FC VS MELAKA UNITED FC 🏴
TERENGGANU FC vs MELAKA UNITED FC
📆 3 September 2022
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/EkaJVzS4fd— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 29, 2022
Menurut pengendali tersebut, beliau percaya kemenangan mengatasi Melaka United mampu untuk meningkatkan moral para pemain sebelum mereka beraksi di pentas final bertemu JDT.
Walaupun begitu, Nafuzi juga berharap agar para penyokong mampu memberi sorakan padu buat Terengganu pada aksi ini untuk terus menaikkan motivasi para pemain.
“Selepas dua kemenangan berturut-turut di tempat lawan pada dua aksi terakhir menentang Sri Pahang FC dan Selangor FC, ianya bakal menambah lagi semangat pemain menentang MUFC.
“Namun saya gesa pemain agar fokus pertemuan dengan MUFC terlebih dahulu untuk mengutip tiga mata apatah lagi beraksi di tempat sendiri sebelum aksi final minggu depan.
“Kemenangan begitu penting buat kami bukan sahaja sebagai motivasi sebelum aksi final, tapi kami menyasarkan sekurang-kurangnya mahu mengakhiri liga di tempat ketiga musim ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian.
Pada masa sama, pengendali berusia 44 tahun itu juga menyatakan jurang perbezaan mata Terengganu bersama Negeri Sembilan ketika ini di tangga ketiga carta liga juga tidak jauh.
Setakat ini Negeri Sembilan dilihat berjaya mengukuhkan posisi mereka di tangga ketiga dengan jumlah kutipan 32 mata daripada 17 perlawanan dihadapi mereka.
Terengganu yang dibezakan dengan enam mata, kini berada di tangga keempat dengan 16 perlawanan sudah diharungi pasukan tersebut ketika ini.
Bahang semakin terasa! 🔥
2️⃣ minggu lagi sehingga perlawanan akhir Piala FA 2022! 🏆#PialaFA2022 pic.twitter.com/VXW8YOuGx6
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 27, 2022
“Bagi saya tidak ada tekanan untuk memburu sekurang-kurangnya di tempat ketiga liga musim ini, perbezaan enam mata dengan NSFC tidak begitu jauh, kita masih berpeluang.
“Tapi pesanan saya buat pemain tidak boleh keciciran mata lagi, sebaliknya wajib merakam kemenangan dalam baki enam perlawanan lagi, sebarang kehilangan mata bakal menyukarkan lagi impian itu, jadi pemain perlu fokus dalam setiap perlawanan,” tambah beliau.