Maurizio Sarri menjawab persoalan media tentang tekanan di Chelsea terutama sekali daripada penyokong. Sebelum Sarri juga dengan lantang mengkritik para pemain dan juga menyindir pengurusan.
Sarri menyatakan beliau hanya bersikap jujur dan memberitahu bahawa di Napoli, tekanan yang beliau hadapi jauh lebih tinggi. Chelsea menyamai rekod kekalahan terteruk mereka dalam era Premier League – kalah 4-0 di tangan Bournemouth.
Penyokong Chelsea melaungkan: “Kamu tak tahu apa yang kamu sedang lakukan,” ketika Higuain dikeluarkan dalam aksi di Stadium Vitality. Penyokong tidak faham kenapa Sarri membawa masuk Gonzalo Higuain yang digelar sebagai Morata ‘gemuk’ penyokong Chelsea yang marah.
Laporan media di England menyatakan bahawa Maurizzio Sarri mengamuk di bilik persalinan di Vitaliti. Seterusnya Maurizzio Sarri mempertahankan gaya permainan Chelsea yang beliau mahukan. Menurut Sarri, beliau tidak akan akur dengan tekanan. Ini selepas beberapa pihak mahukan Sarri menukarkan pemain seperti Kante ke posisi no.6 semula.
Sarri menyatakan beliau membuktikan bahawa kejayaannya membentuk pasukan yang mantap di Napoli.
“Ketika saya berada di Napoli, pasukan tersebut berada di UCL selama 3 musim berturut-turut. Jadi di sini, persaingan sangat tinggi. Namun persaingan di tempat lama [Itali] juga tidaklah mudah.”
“Rasanya tekanan di Napoli lebih tinggi kerana, di bandar Naples hanya ada satu kelab besar. Jadi tekanan daripada penyokong sangat tinggi.”
Beberapa pundit menyatakan taktikal Sarri semakin senang dikekang oleh lawan beliau. Misalnya Eddie menggunakan pendekatan yang sama dengan beberapa pasukan sebelum ini – mengunci sumber di tengah iaitu Jorginho.
Tekanan yang kuat ke atas Jorginho membuatkan pemain itu hanya mampu mengembalikan bola ataupun melakukan hantaran tidak bahaya. Di EPL tekanan lebih fizikal dan Jorginho jelas tidak berani mengambil risiko.
Walaubagaimanapun Maurizzio Sarri tetap bertegas tidak akan mengubah cara permainan mereka. Beliau juga tidak mahu memikirkan tentang soal lain. Transisi pasukan itu yang paling penting.
“Itu bukan masalah saya. Saya tetap orang yang sama. Jika saya seorang yang bermimpi, saya tetap orang yang bermimpi. Saya mahukan keseronokan dalam bola sepak. Saya mahukan bola sepak yang hidup. Jika saya percaya dengan organisasi di dalam pasukan adalah segalanya, saya tak boleh menukar fikiran.”
“Kerja saya ini sentiasa ada risiko dan saya sukakan kerja ini kerana alasan ini. Saya tahu benar peraturan kerja ini yang sentiasa dalam risiko. Kamu boleh menang lawan City dan 3 hari selepas itu, kamu dalam masalah.”