Sarri Tak Tahu Apa-Apa Tentang Kontrak Willian

Maurizzio Sarri sekali lagi tampil dengan kenyataan sinis kepada wartawan. Sebelum ini beliau berkata bahawa beliau tak tahu langsung akan kejayaan Chelsea mendapatkan Pulisic.

Sarri mendedahkan pihak kelab ada bertanya akan pandangan beliau. Namun Sarri hanya memberitahu Pulisic pemain yang baik. Tiba-tiba kelab sudah mengumumkan Pulisic.

Sarri memberitahu: “Tugas saya hanyalah memikirkan soal perlawanan – setiap 3 hari.”

Sarri menggambarkan bahawa kuasa beliau dalam isu kontrak dan perpindahan pemain sangat terhad. Terbaru, Sarri menjawab beliau tidak tahu akan situasi kontrak Willian.

Wartawan bertanya akan pandangan beliau tentang rumors mengaitkan Willian dengan Barcelona. Sarri menyatakan, kalau ikutkan pandangan beliau, agak mustahil melepaskan Willian pada Januari ini.

Barcelona sudah melakukan bidaan pada pra-musim lalu. Namun Chelsea menolaknya. Itu yang membuatkan Barcelona terpaksa mendapatkan Malcom dengan nilai £38 juta. Malangnya pemain itu bergelut dengan prestasi.

Barcelona kini meletakkan Malcom dalam senarai untuk dijual ataupun dipinjam. Everton antara kelab yang berminat untuk meminjam Malcom.

Seterusnya, khabar angin bertiup kencang menyatakan Barca mungkin akan menawarkan Malcom dalam perjanjian untuk mendapatkan Willian. Namun Sarri enggan melepaskan pemain itu.

“Sudah tentu saya tak mahu lepaskan beliau kerana kamu tahu betapa pentingnya pemain sayap seperti itu untuk kami.”

“Beliau masih ada peluang untuk menjadi lebih baik. Potensi beliau tinggi dan sangat penting untuk kami. Saya rasa mustahil kami mahu lepaskan beliau pada Januari.”

Berkenaan dengan kontrak Willian, Sarri berkata: “Saya tidak mendapat apa-apa maklumat tentangnya. Kamu pergilah tanya kelab tentang bursa perpindahan. Jika kamu tanya saya, kamu akan letakkan saya dalam masalah, kerana saya tak tahu.

Sarri gembira dengan prestasi Willian kerana pemain itu cuba memperbaiki dirinya untuk lebih banyak inisiatif ketika tanpa bola. Itu yang menjadikan Willian ancaman lebih bahaya di dalam kotak penalti.”

Ditanya tentang Morata, Sarri menyatakan beliau berharap kelab tidak melepaskan pemain itu tanpa ada pengganti.

“Sudah tentu, jika Morata pergi ke kelab lain, kami perlukan pengganti, itu normal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN