Maurizzio Sarri Cabar Gol Ofsaid Harry Kane & VAR Dengan Analisis Video Sendiri

Pegawai kejurulatihan Chelsea ada hujah tersendiri untuk mempertikaikan gol Harry Kane dalam saingan Piala Carabao – separuh akhir pertama.

Harry Kane awalnya ditanda ofsaid oleh penjaga garisan. Beliau kemudian menewaskan Kepa Arrizabalaga. Pengadil merujuk kepada VAR – kemudiannya VAR mengesahkan gol itu sebagai onsaid. Spurs menang dengan jaringan tunggal Kane itu dalam pertemuan tersebut.

Dalam temu ramah dengan Sky Sports selepas tamat perlawanan, Maurizzio Sarri membawa analisis video beliau sendiri menyatakan gol itu tidak sah. Sarri menunjukkan rakaman daripada pasukan media rasmi Chelsea – pada satu sisi pandangan – Kane kelihatan ofsaid.

Sarri juga mengkritik sistem pengadilan dengan VAR. Beliau berkata: “Dalam insiden seperti itu, penjaga garisan tidak perlu mengangkat bendera dan biarkan fasa permainan itu habis, kemudian baru membuat tinjauan dengan VAR.”

Sarri sindir pengadil England

Sarri berpendapat pengadil di England tidak begitu arif cara menggunakan VAR. Apabila penjaga garisan mengangkat bendera, ianya boleh mengganggu tumpuan pemain dan mereka akan menjangkakan pemain lawan sudah ofsaid.

Sarri berkata: “Saya melihat video daripada sisi kamera pasukan kami beberapa minit yang lalu, dan ianya ofsaid. Kamera kami berada selari dengan kedudukan Kane, dan ianya ofsaid, namun ianya tak penting pun.”

“Dengan kepalanya ofsaid, bermakna beliau ofsaid. Namun ianya tak penting. Paling penting, penjaga garisan yang menghentikan larian, dan beliau tidak mengikuti bola itu, ianya memberikan pengaruh yang besar kepada pertahanan.”

“Buat masa ini, pengadil di England tidak boleh menggunakan sistem ini lagi.”

“Jika kami tak jelas tentang sistem, kamu harus terus berlari mengikut bola, dan akhir sekali barulah kamu membuat keputusan. Dalam kes ini, beliau berhenti, tak ikut bola – jadi pemain pertahanan kami anggap ianya ofsaid.”

Pochettino: VAR tak membantu

Mauricio Pochettino juga mengakui keliru dengan perlaksanaan VAR. Beliau berpendapat VAR bukan solusi kepada pengadilan di England.

“Saya tak tahu pasal penjaga gol, namun untuk pertahanan sudah pastinya. namun benda ini tak penting. Paling penting kamu harus belajar sistem,” kata Pochettino yang berpengalaman menjadi pemain pertahanan satu ketika dahulu.

Pochettino merasakan VAR seharusnya lebih dipraktikan di EPL sejak awal kerana di situ berlangsungnya perlawanan setiap minggu berbanding dengan kompetisi piala yang sebulan sekali.

Daripada pembelajaran setiap minggu, ianya akan membantu meningkatkan pemahaman dan juga kecekapan pengadil dalam menggunakannya. Selain itu, para pemain juga akan lebih arif bermain dalam perlawanan yang ada VAR.

“Di Itali, dalam peringkat awal – mereka turut sukar memahaminya, namun peliknya sekarang di EPL tidak mmenggunakan sistem ini, sebaliknya sistem ini digunakan di dalam Piala Carabao. Pelik bagi kami semua, untuk pemain dan pengadil.”

EPL dalam proses untuk menggunakan VAR – yang dijangka akan mulai digunakan pada musim hadapan. Agak mustahil untuk tidak melihat VAR digunakan di EPL selepas perbelanjaan berjuta-juta dilaburkan ke atasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN