Quantcast

BERITA

Sarri Akui Tidak Pernah Bercakap, Gembira Jika Abramovich Hubungi Beliau

Maurizio Sarri mengakui beliau tidak pernah bercakap bersama pemilik Chelsea, Roman Abramovich, dan berkata semua pertanyaan mengenai masa depan beliau harus ditujukan kepada pihak kelab.

Chelsea terwas 6-0 kepada Manchester City di Etihad pada awal pagi tadi, sekaligus menyebabkan mereka mulai bergelut untuk menamatkan musim sebagai empat pasukan teratas.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Tidak pasti

Ketika ditanya sama ada beliau sedang menanti panggilan dar Abramovich, Sarri berkata beliau tidak pasti sama ada pemilik Chelsea itu akan menghubungi beliau secara peribadi.

“Jika presiden mengubungi saya, maka saya gembira selepas tidak pernah mendengar apa-apa dari beliau sebelum ini. Jujur saya katakan, saya tidak tahu apa akan berlaku,” ujar Sarri kepada Sky Sports.

Chelsea telah tewas semua tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris yang diadakan di tempat lawan, dan dibolosi 12 kali. Tidak ada jaringan dilakukan dalam tempoh itu.

Ketika sidang media selepas perlawanan, Sarri mengakui posisi beliau sebagai pengurus Chelsea kini terancam namun menegaskan segala pertanyaan mengenai hal itu harus ditujukan kepada pihak kelab.

“Saya tidak tahu [mengenai masa depan]. anda harus tujukan soalan tersebut kepada pihak kelab,” kata Sarri.

“Saya hanya bimbangkan mengenai pasukan ini, mengenai prestasi mereka. Tetapi kini kedudukan saya sememangnya sentiasa berhadapan dengan risiko.

“Jadi untuk itu, anda harus bertanya kepada pihak kelab.”

Situasi sukar

Sarri turut berkata situasi di Chelsea kini sudah menjadi bertambah sukar.

“Perlawanan seperti ini selalu memberikan kesan. Ianya tidak mudah untuk kembali berdiri seperti biasa. Adakalanya, bola sepak juga diperbuat oleh kekalahan besar seperti ini.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

“Pada waktu rehat separuh masa, saya memberitahu pemain saya. Jika mereka mampu memberi tindak balas pada babak kedua, pasukan ini akan kembali lebih kuat daripada sebelumnya,” tambah Sarri.

Malangnya selepas ketinggalan 4 gol di babak pertama, keadaan menjadi lebih teruk buat Sarri dan Chelsea apabila dibolosi dua lagi jaringan di babak kedua perlawanan.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!