Adakah Sarawak Bakal Dikenakan Hukuman Pemotongan Mata?

Adakah Sarawak FA bakal dikenakan hukuman pemotongan mata?

Perkara ini telah menjadi perbualan hangat di Sarawak selepas laporan dari Utusan Sarawak mendedahkan yang pasukan Borneo itu bakal dikenakan hukuman mata oleh pihak FMLLP

Menurut laman Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, pasukan Sarawak FA dikatakan terpalit dengan isu kegagalan melunaskan bayaran tunggakan gaji para pemain mereka.

Selain daripada itu, pasukan Borneo itu dikatakan mengalami masalah pertikaian kontrak dengan beberapa pemain skuad Bujang Senang itu pada musim lepas.

Sarawak and JDT during Malaysia Super League 2017 match at Stadium Negeri Sarawak on 28 February 2017. Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

Semua ini berlaku selepas para pemain telah melakukan aduan rasmi kepada pihak FMLLP mengenai masalah ini.

Namun begitu mengikut sumber, isu ini boleh dikatakan perkara yang tidak adil untuk pengurusan pasukan yang sekarang kerana segala kepincangan yang berlaku adalah dari barisan pengurusan yang lama.

Mengikut sumber dari Sarawak lagi, Sarawak FA telah pun diarahkan untuk membayar sejumlah pampasan yang cukup besar kepada para pemain yang dikenakan penamatan kontrak pada musim lalu.

Situasi penamatan kontrak ini berlaku apabila terdapat pemain yang cedera dan ditamatkan khidmat di pertengahan musim.

Adakah pemotongan mata akan berlaku? Kita nantikan respon dari pihak FMLLP mengenai perkara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN